in ,

Kaji Dulu Sebelum Suntik, Sasha Saidin Dah Terima Suntikan Vaksin Jenis Sinopharm di UAE

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia masih belum reda dan Malaysia juga menantikan-nantikan suntikan vaksin untuk mencegah wabak berkenaan.

Namun, lain pula kisah mengenai ahli kumpulan Elite ini Sasha Saidin yang sudah menerima suntikan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baru-baru ini, pemilik nama Sasha Mohd Saidin itu memuat naik sebuah posting di Instagram miliknya selepas beliau dan suaminya mendapat suntikan dos pertama vaksin jenis Sinopharm.

Sasha Saidin dah terima suntikan vaksin jenis Sinopharm di UAE

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon berusia 44 tahun itu dan suaminya Sirhan Wahab memilih vaksin Jenis Sinopharm kerana keberkesanannya 86% namun keberkesanan suntikan jenis Pfizer lebih tinggi iaitu 96%, cuma di sana masih belum boleh dapat diperolehi.

“Kami mengambil keputusan untuk suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanan sebanyak 86% setelah mendengar khabar tentang mutasi terbaru Covid-19,”

– Sasha Saidin

Selain itu, dia juga menasihati kepada orang ramai supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang suntikan vaksin Covid-19.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu vaksin. Orang ramai juga perlu mengikuti perkembangan terkini berkenaan apa sahaja berita berkiatan Covid-19,”

– Sasha Saidin
Sasha Saidin dah terima suntikan vaksin jenis Sinopharm di UAE

Di samping itu, terdapat satu komen daripada pengikutnya yang bertanya mengenai perkara tersebut dan Sasha menjawab suntikan vaksin itu sudah dibenarkan untuk rakyat di UAE.

Berdasarkan laporan media, Malaysia telah merunding dengan syarikat-syarikat farmaseutikal dan akan memperoleh jutaan bekalan vaksin tidak lama lagi yang dipastikan selamat serta berkesan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MISI JUANG EJEN ALI Penghormatan Buat Petugas Barisan Hadapan

Lama Simpan Rahsia, Uji Rashid Akhirnya Dedah Apa Yang Berlaku Pada Cico di Program Telekung Talk