in ,

Kahwin Beza Usia : Bahagiakah? Latari Telemovie ANGKA CINTA

Dalam mendirikan rumah tangga, jarak umur pasangan antara aspek penting. Seandainya, lebih banyak jarak umur maka lebih banyak isu penyesuaian perlu dilakukan antara kedua-dua pasangan. Sesuatu dalam hubungan perkahwinan itu dianggap baik oleh yang tua mungkin sebaliknya bagi si muda. Ini tidak mustahil berlaku kerana dunia masing-masing berbeza.

Aida Aris

Tetapi bagi wanita, pasangan yang jauh lebih muda berbanding diri kadang kala menjadi buah mulut orang. Pelbagai andaian terbit dari mulut orang berkaitan perkahwinan tersebut. Namun tidak dinafikan, zaman sekarang lebih terbuka. Ada lelaki yang tidak kisah berpasangan dengan perempuan lebih tua, ada perempuan yang tidak kisah berpasangan dengan lelaki lebih muda. Pandangan masyarakat pun semakin jernih. Ia seolah menjadi trend berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda.

Kahwin Beza Usia : Bahagiakah? Latari Telemovie ANGKA CINTA

Situasi sama ‘dijelmakan’ dalam telemovie bertajuk “Angka Cinta” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 3 November ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

Menampilkan gandingan pelakon utama yang tidak asing lagi iaitu Aida Aris dan Syazwan Zulkifli, telemovie arahan Fairuz Loy ini turut dibintangi oleh pelakon berpengalaman Najwa Nasir, Roy Azman dan Amyza Aznan.

Syazwan Zulkifly...watak utama

Kisahnya berlegar dengan memperkenalkan watak utama iaitu Dira yang merupakan ibu tunggal berusia 40 tahun. Dira mempunyai seorang anak lelaki bernama Adam. Dalam bidang kerjaya pula Dira dikategorikan sebagai usahawan berjaya dan mempunyai butik pakaian bersama rakan kongsinya, Heykal berusia 27 tahun.

Pada masa sama ternyata Heykal menaruh hati kepada Dira. Namun sebaliknya Dira pula sentiasa rimas dengan situasi tersebut atas alasan perbezaan umur yang jauh. Situasi itu membuatkannya tidak dapat menerima Heykal yang jauh lebih muda.

Heykal ternyata tidak putus asa. Kelebihannya pandai mengambil hati Adam dan sikap beliau sentiasa menjadi dirinya sendiri dan tidak hipokrit membuatkan Adam selesa dengan kehadirannya.

Satu hari Dira berkenalan dengan Rizman dan cuba untuk membuka pintu hatinya kepada duda tersebut. Tindakan itu juga dilakukan untuk membuatkan Heykal putus asa untuk terus-terusan memujuk Dira menerima dirinya sebagai teman istimewa.

Dalam usaha merapatkan hubungan dan lebih mengenali keluarga masing-masing, Dira membawa keluarganya bercuti bersama keluarga Rizman untuk mengenali hati budi sesama mereka. Di situ juga mereka dapat menguji keserasian untuk mereka meneruskan hasrat mendirikan rumahtangga bersama.

Berlaku beberapa insiden di mana Dira kemudiannya mendapati yang hubungan mereka tidak serasi. Sementara itu kesungguhan Heykal yang turut serta bercuti di hotel yang sama serta penerimaan Adam terhadap Heykal membuatkan Dira berfikir panjang untuk meneruskan hubungan dengan Rizman atau sebaliknya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siapa Juara Gelanggang akhir Super Spontan Superstar 2017

TV2 Siar Filem THE FIGHTER Kisah Benar Seorang Peninju