in , ,

Kad Jemputan Media Anugerah Bintang Popular 2007

Pagi tadi, Budiey telah menerima dua keping kad jemputan untuk menghadiri dan seterusnya berpeluang untuk buat liputan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007. Jutaan terima kasih kepada Berita Harian dan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) yang menjadi tukang hulur kad jemputan kepada media. Thank you, thank you!

Kad Jemputan Abp

Setelah menjangkau usia setahun, nampaknya inilah pertama kali Sensasi Selebriti menerima kad jemputan bagi menghadiri anugerah paling berprestij itu. Masih ingat lagi, semasa ABP tahun lepas Budiey masuk Arena of Stars menggunakan tiket biasa sahaja.

Kali ini, Budiey rasa sangat berbesar hati dijemput walaupun Berita Harian tidak memberikan kami bilik untuk bermalam di puncak Genting. Itu tidak menjadi masalah yang besar. Dapat pass jemputan pun sudah kira bagus untuk memberi ruang kepada kami mengikuti dan mengambil foto menarik selebriti bergaya di karpet merah dan bersuka ria di pos parti.

Tak dapat bilik pun, rasanya tak jadi masalah. Budiey pun sedar kedudukan Sensasi Selebriti di mata penganjur. Kami hanya sekadar penulis blog picisan dan sangat kecil. Namun, sebalik sifat kami sekecil kuman itu sebenarnya kami ingin memeriahkan industri seni hiburan tanahair. Seterusnya, ingin menyediakan wadah alternatif kepada peminat untuk mendapatkan info dunia hiburan dengan cepat dan up to date. Itu sahaja. 

Malah, Budiey menjangkakan perkembangan new media di Malaysia akan terus berkembang dengan kelahiran ramai lagi penulis blog yang serius dan komited pada masa akan datang. Kehadiran new media sebenarnya tidak pernah berniat untuk bersaing dengan media arus perdana. Jauh untuk mengganggu kerja-kerja media lain yang mungkin mengganggap kami sebagai penyibuk di majlis sidang media atau di mana-mana majlis. Sebenarnya, kami datang kerana diundang. Kami hadir atas nama jemputan. Bukan ikut suka hati je nak masuk majlis. Diharap kehadiran banyak portal dan blog hiburan tidak menjejaskan kedudukan dan status mereka sebagai media utama dalam menyebarkan informasi. Itu yang Budiey harapkan. Budiey ada dengar desas desus yang mana kehadiran kami tidak disenangi. Tetapi seperti kata Azwan (yang kini sudah menjadi penulis sambilan di gua.com.my. Tahniah Azwan!)…. kata dia…”Peduli apa aku!”

Jadi, Budiey dan Azwan sudah merancang untuk lepak di Starbucks Coffee sambil mengemaskini blog ini sejurus selepas menghadiri pos parti. Jadi, rasanya pagi Isnin, korang boleh melihat berita dan gambar ABP di sini. Kepada rakan-rakan new media yang lain, apa kata korang join kitorang minum kopi. Atau mungkin ada pembaca Sensasi Selebriti yang merancang untuk sertai kami berjaga pada malam tu… kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Budiey akan siarkan ramalan pemenang ABP 2007 esok. Tunggu!

[tags]kad jemputan kahwin, ramalan abp, pemenang abp, mawi menang, siti wanita cantik, vice versa, blog serba serbi, gossip orang politik, scandal politic, kontroversi, menteri, gambar pak lah, pilihan raya umum, pru 2008, putrajaya, senarai nama kabinet, senarai penuh, sidang parlimen, gambar post party[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Water Horse & Da Vinci Creative Kids Art Worshops

Drama & Filem Melayu Sepanjang April @ TV3