in , ,

Kad Jemputan Majlis Nikah & Persandingan Shera Aiyob & Zahiril Adzim

Minggu lepas, Budiey ada menerima email daripada Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang menjemput Budiey.com untuk hadir di Majlis Akad Nikah dan Majlis Sanding atau Resepsi pasangan ini yang akan berlangsung esok. Zahiril atau lebih dikenali dengan nama Bob ini berkawin pada usia 27 tahun, dua tahun lebih tua dari Shera Aiyob.

Terima kasih banyak-banyak kepada pasangan ini kerana sudi menjemput Budiey.com. Namun, Budiey tak dapat hadir kerana ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan sebelum berangkat ke Korea pada hari Selasa ini.

Majlis Akad Nikah akan diadakan di kediaman Shera Aiyob di Taman Tasik Indra, Ipoh, Perak pada jam 9.30 pagi dengan tema perkahwinan dalam taman

Kepada Shera Aiyob & Zahiril Adzim, Budiey ucapkan selamat pengantin baru. Selamat mengharungi dunia rumahtangga. Semoga rumahtangga yang dibina diberkati Allah dan semoga berbahagia hingga ke hujung hayat.

Pada hari yang sama, pasangan ini akan disandingkan di sebuah dewan berhampiran rumah Shera di Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.

Zahiril akan menghadiahkan 11 dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM18,000 dan mas kahwin RM1, 001 manakala Shera akan membalas dengan 13 dulang hantaran.

Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.

Zahiril Adzim

Zahiril Adzim

Dengarnya, Bob begitu takut jika membuatkan ibunya, Zailan Yussoff berkecil hati. Menurut kenyataannya di Mstar Online, Zahiril akan cepat-cepat memenuhi setiap permintaan ibunya lebih-lebih lagi banyak perkara yang perlu difikirkan menjelang majlis perkahwinannya dengan Shera.

“Boleh dikatakan persiapan perkahwinan hampir siap sepenuhnya. Kebanyakannnya diuruskan oleh Shera dan ibu saya. Tetapi apabila ibu menghubungi dan meminta pertolongan, saya akan segera laksanakan kerana tidak mahu mengecilkan hati ibu. Walaupun sudah berkahwin nanti, saya akan tetap mengutamakan ibu berbanding isteri. Bagaimanapun, saya akan adil dan menjalankan tanggungjawab saya kepada isteri dengan sebaiknya. Saya sudah bersedia untuk berhadapan apa sahaja yang akan berlaku dalam rumah tangga kami selepas ini. Dalam masa sama, saya sangat teruja dan sedikit gementar sebelum tiba hari pernikahan kami.”

Selain itu, pelakon filem Bunohan ini turut mempersiapkan dirinya dengan membaca buku berkenaan petua untuk menjadi pasangan bahagia seperti buku ‘Anai-anai Dalam Perkahwinan’ yang ditulis oleh ibunya sendiri.

Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Amir Bertudung di Anugerah Skrin 2011

Sinopsis Filem Sepah The Movie