in

Kad Debit EASY-SMART Ternyata Menguntungkan

Kad Debit EASY-SMART Ternyata Menguntungkan

Sekarang ni, kat mana-mana kita dapat tengok betapa meriahnya nak sambut raya. Sana-sini ada sales atau jualan murah. Rambang mata jadinya. Korang dah beli baju raya ke belum ni? Budiey harap anda semua berfikir dulu la sebelum beli. Kalau nak membeli tu, kenalah mengikut keperluan. Tambahan lagi bila banyak sekali gedung membeli belah menawarkan diskaun sehingga 80%. Rambang mata jadinya. Haaa, sudahnya, shop till you drop la kan?

Kuasa nak beli tu memang ada tapi bagi Budiey sendiri, kita kena berpegang pada satu prinsip. Berjimat cermat sebelum jadi papa kedana.

Jalan paling senang untuk berjimat ialah kita kena mengawal aliran wang kita. Terutama dari membeli barang-barang yang bukan menjadi keperluan kita pun. Bertambah parah, bila kita tak pandai nak kawal kad kredit kita tu. Asyik gores je kat mana-mana kedai untuk shopping. Bila sampai bil kad kredit, mulalah ternganga. Pengsan!

Tips paling mudah ialah jangan amalkan menggunakan kad kredit, haaa… apa kata korang guna kad debit. Di mana korang akan shopping mengikut kemampuan korang. Taklah boros dan membazir.

Sebelum raya tahun ni, Budiey dah pun apply Kad Debit Easy-Smart yang baru sahaja dilancarkan dan diperkenalkan baru-baru ini.

Rhb Easy-Smart

Haaa, kepada anda yang tak layak memohon kad kredit, Budiey sarankan kepada korang, apa kata korang dapatkan kad ni. Sangat senang nak dapatkannya. Mudah & sangat cepat. Tak sampai 10 minit, kad anda tu dah siap. Budiey dah pun melalui pengalaman ini dan ternyata terbukti urusan memohonnya sangat cepat.

Dengan adanya kad debit ni, anda tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan hutang kad kredit yang membebankan? Ha, sekarang tidak lagi dengan adanya kad debit Easy-Smart.

Rhb Easy-Smart

Baru-baru ini, Budiey turut hadir semasa Pelancaran Kad Debit Easy-Smart yang diadakan di Hotel Hilton. Itu yang menjadikan Budiey berminat sangat nak apply kad ni.

Dengan hanya RM20 sebagai yuran tahunan, dan yang paling penting, Budiey difahamkan kad Easy-Smart ini adalah kad pertama dalam sejarah yang menolong anda berjimat sehingga RM1 ke akaum simpanan Easy anda. Dan yang paling penting ianya boleh digunakan untuk pembayaran di semua premis perniagaan yang menerima kad Visa.

Untuk memohonnya tidak memakan masa yang lama kerana permohonan anda akan diluluskan dalam masa 10 minit je.

Rhb Easy-Smart

Pada 10 Ogos yang lalu, Budiey telah singgah sekejap di cawangan Easy Bank di stesen LRT Ampang Park untuk apply kad ini.

Apa itu EASY-SMART?
EASY-SMART adalah kad debit Visa dari Easy by RHB di mana ianya menjadi produk kewangan inovatif terbaru. Sekiranya anda tidak mahu dibebani dengan hutang, kad ini adalah alternatif terbaik! Ianya boleh ditambah nilai dan membolehkan anda berbelanja dengan jumlah yang didepositkan dalam akaun anda. Amat menyenangkan kerana anda tidak perlu membawa wang yang banyak. Pastinya ini merupakan satu langkah keselamatan untuk mengelakkan dari duit anda dikebas oleh pencopek atau penyeluk saku.

Rhb Easy-Smart

MENGAPA BUDIEY MEMOHON EASY-SMART CARD?
Ketika Easy-Smart diperkenalkan, Budiey agak keberatan juga walaupun Budiey tahu ianya sangat unik sebab ada transfer wang akaun simpanan ke dalam akaun simpanan yang berlainan. Kat sini, kita ada dua akaun Easy. Namun, setelah membaca faedah-faedahnya, saya rasa tidak salah untuk saya memohonnya. Lagi pun secara peribadi, saya belum mempunyai kad Visa.

Ianya juga mudah diisi semula di mana-mana bank Easy dan boleh urusan pengeluaran wang tunai di semua mesin ATM. Easy by RHB contributes up to RM0.99 per transactions.

Budiey dah buat pembelian pertama. Jadi, kenalah memasukkan wang kita tu di akaun pertama untuk shopping. Tak kisah berapa banyak sekali pun. Kemudian, semasa shopping nanti, segala faedah akan dimasukkan ke akaun kedua Easy kita tu.

EASY-SMART layak dimohon sesiapa saja. Tidak kira anda seorang yang pelajar atau sudah pun bekerja. Saya telah pun memohon kad dan segala urusan permohonan memakan masa tidak sampai 10 minit! Sebagai tambahan kita akan dapat sehingga 10% p.a interest dan di sini terbukti dapat jimat dan simpan banyak wang.

Lagi pun banyak lagi tawaran diskaun serta promotions yang akan kita dapat.

Rhb Easy-Smart

BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN KAD DEBIT NI?
Untuk senangkan anda, apa kata dapatkan info lengkap di laman ini: http://www.rhb.com.my/easy/easy_smart_debit_card.html

Untuk apply EASY-SMART CARD ni, anda perlu singgah di mana-mana cawangan Bank Easy. Oh sebelum terlupa, kad ini tak boleh apply di bank RHB ya. Ini berlaku sendiri pada Budiey sebab mulanya ingat bank Easy ini adalah sama dengan bank RHB. Rupanya berlainan.

Di bank Easy, anda boleh bertemu dengan mana-mana pegawai bertugas dan cakap kat mereka yang anda nak apply kad ini. Hanya bawa kad pengenalan dan mereka akan isikan form pula untuk anda. Senang sangat.

Setelah selesai, anda perlu memasukkan wang RM50 sebagai permulaan dan setelah itu, kad anda dah aktif untuk digunakan. Jangan lupa, masukkan wang mengikut kemampuan anda dalam akaun anda itu untuk pergi shopping.

Okay, mungkin korang akan blur dan keliru kenapa ada dua akaun. Macamana pula kad ini berfungsi.

Okay, secara ringkasnya, Budiey nak kasi contoh kat sini. Misalnya anda membelanjakan sebanyak RM30-RM100 dengan menggunakan kad debit ini, contoh bila anda beli baju berharga RM55.30 dari akaun Easy-Smart pertama anda. Anda akan sumbangkan RM0.20 + RM0.30 yang akan disumbangkan oleh pihak bank. Jadi, jumlah kesemuanya simpanan dan penjimatan anda ialah RM0.50.

Yey! Sekarang, saya boleh goreskannya samada untuk membeli belah di shopping mall atau membeli belah di internet. Sangat memudahkan serta menjimatkan masa! Harap-harap raya ni meriahlah sebab dah plan dah ni, nak shopping sakan dengan kad debit Easy-Smart.

Video Sekitar Pelancaran Kad Debit Easy-Smart

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Sambut Pencapaian Olympic Dengan Duta Sukan Maxis

Erra Fazira | 17

Iklan Raya Astro 2012 Kisah Raya Erra Fazira