in ,

Standing Ovation! Noryn Aziz Akui Sukar Nyanyi KABUT SERANGKAI MAWAR

Orang ingat lagu KABUT SERANGKAI MAWAR ni sangat mudah disampaikan. Tapi bagi penyanyi bersuara jazzy dan groove ini, beliau melalui saat-saat kesukaran untuk menyuntikkan elemen yang WOW dalam lagu ini. Sukar untuk menjadikan lagu ini seperti lagu sendiri. Ikuti kisah sebenar Noryn Aziz mengendalikan cabaran ini sehingga persembahan beliau mendapat standing ovation sekali lagi di kalangan penonton.

Dulu Noryn Aziz pernah cakap, dia sangat mengidam nak nyanyi lagu balada. Tambah lagi kalau lagu tu lagu balada Melayu. Memang dia nak sangat. Nampak sangat, lagu beliau yang sedia ada tak cukup untuk menyerlahkan sinar gemilangnya Noryn Aziz di persada seni.

Lalu, apabila Noryn menyertai Gegar Vaganza, minggu ini Noryn diberikan sebuah lagu balada yang cukup menguji warna suara beliau. Sebuah lagu nostalgik, break up song, KABUT SERANGKAI MAWAR nyanyian asal Zaiton Sameon! Ko mampo?

Mampu tak mampu, jom kita tengok dulu persembahan Noryn ni:

Noryn menganggap cabaran membawa lagu KABUT SERANGKAI MAWAR agak sukar dan satu ujian untuk membuktikan kebolehan beliau. Semalam, ujian itu ditempuhi dengan menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan dengan vokal yang stunning! Tahniah buat Noryn Aziz, di tempat kedua semalam.

Meremanglah segala bulu yang ada! Bak kata Jihan Muse la ya.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gara-Gara Tertekan, Amelina Jatuh Sakit Hilang Suara di Gegar Vaganza 5

5 Perkara Ini Yang Dirindui Oleh Saleem Sebelum Meninggal Dunia