in

Tentang Filem JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

Setelah menemui penonton dalam dua filem terdahulu iaitu Juvana (2013) dan Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), kali ini rantaian filem yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana tersebut tampil dengan sekuel terbaharu berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir.

Filem yang padat dengan drama dan aksi membabitkan golongan remaja yang terbabit dalam gejala sosial seperti gangster dan sindiket pelacuran ini masih lagi mengekalkan teraju utama seperti Johan As’ari, Zahiril Adzim dan Adam Shahz.

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: Perhitungan Terakhir – ‘Perjuangan Akan Berakhir’

[dropcap]M[/dropcap]erupakan kesinambungan daripada sekuel terdahulu, dalam siri ketiga filem ini Botak, Daim dan Ayam hanya menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.

Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat? Saksikan Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

Untuk kesinambungan filem ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Penggambarannya pula bermula pada bulan April 2014 di sekitar Kuala Lumpur serta diterbitkan bersama oleh Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. dan Star Media Group Berhad.

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

Trailer Youtube:

Facebook
https://www.facebook.com/JuvanaFilm/?fref=ts

Twitter
@juvanafilm

Dibintangi Oleh
Zahiril Adzim – Daim
Johan As’ari – Botak
Hasnul Rahmat – En Raja
Adam Shahz – Ayam

Dibantu Oleh
Pekin Ibrahim – Tok Ki
Shera Aiyob – Sara
Nad Zainal – Nabila
Riki Rikando – Gajah
Khairul Mohamed – Komeng
Muhammad Syafiq Ikmal – Gaban
Helmi Hakim – Abe
Hafreez Adam – En Megat
Eyka Farhana – Nadia
Amirul Aiman – Lan
Sweet (Farhana) – Midah
Rosli Sako – Ayah Botak
Ayez Shaukat Fonseka – Shah
Elias Iskandar – Mat Saman
Fendi Amat – Din Kuda
Daniell Fiq – Jan
Lau Chee Hong – Kerel
Azwan Kombos – Dr Nazim
Roslan Abdullah – Din
Sham Pian – Amin
Sol Azmi – Rahim

Pelakon Kanak-Kanak
Danial Lee

Penampilan Istimewa
Zaidi Omar
Sharnaaz Basir Ahmad
Puteri Chi Chi
Aisya Hasnaa

Lagak Ngeri
Laksama Stunt Team

Pelakon Tambahan / Agency
Jebat Talent Entertainment
Fina Agency
Talent Network

Krew Produksi

Pengurus Produksi
Riszainatulnaida Ariss

Pembantu Pengurus Produksi
Iskandar Isa (Ahboy)

Pembantu Produksi
Ganu
Mohd Hazril B Hamzah

Jurugegas
Norazmy (Abg Mie)
Norakmal Izwan

Busana
Ameen Mustajab

Pembantu Busana
Norzamri Ghazali
Mezzy Hassan

Tatarias
Syahrul Mazlan

Pembantu Tatarias
Nana Daeng
Shah Peel
Aboy Sentul

Pengarah Seni
Mazalan Zulkifli (Black)

Pembantu Penata Seni
Mohd Azli B. Ibrahim

Propmaster
Mohd Azli B. Ibrahim

Propman
Halil Husairi B. Hj Keliwon
Khairul Rizal B. Ramli
Mohd Syahrulakram B. Zainal Abidin

Penolong Pengarah 1
Suhaiza Aziz

Penolong Pengarah 2
Mohd Hanif Sanordin

Kesinambungan
Nur Diana Binti Arshad

Sajian Makanan
Uncle Don Catering

Pengangkutan
Darkwave
A.N.A Future Services

Krew Teknikal
Audio
Saiful Azlan B Jaludin

Pembantu Audio
Munnaeffandi (Mai)

Gaffer
Halem Shaari

Best Boy Gaffer
Atan Mamu

Jurulampu
Muhamad Fauzi Johari
Muhd Norhakim Pozer

Pembantu Jurulampu
Muhammad Noorhakim
Mohammad Zulfitri
Albert Richard

Key Grip
Amirudin Shan

Generator Operation
Amirudin Shan

Grip Truck
Azman Sidin

Generator Grip
Muhamad Fauzi Johari

Unit Grip
Muhd Ridwan Roslan
Mat Saleh
Ramzi Kamsul

Best Boy Grip
Muhamad Fauzi Johari

Vtr &Amp; Loader
Maizatul Ain Mohai

Pembantu Jurukamera 1
Lan Taihong

Pembantu Jurukamera 2
Muhd Normusolihin Abdullah

Focus Puller
Lan Taihong

Pengarah Unit Kedua
Norhanisham Muhamad (Labu)

Pengarah Sinematografi
Norhanisham Muhamad (Labu)

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

JUVANA 3: PERHITUNGAN TERAKHIR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem PETE’S DRAGON

Ariana Grande Bergabung Semula Nicki Minaj di MTV Video Music Awards 2016