in

Justin Bieber Caras Lady Gaga Dapat Followers Paling Ramai di Twitter


Nampaknya, sekali lagi artis paling pelik di dunia iaitu Lady Gaga kalah teruk dicaras Justin Bieber. Justin Bieber pintas Lady Gaga peminat Twitter paling ramai, satu berita yang bukannya luar biasa, tapi ianya agak menyedihkan bagi peminat Lady Gaga.

Budiey pun sekarang ni tengah buat kempen untuk menambahkan jumlah followers di Twitter. Kalau korang perasan Budiey ada buat hashtag #HelpBudiey100KFollowers. Target sekarang ni, Budiey nak cakap 100,000 followers. Pun susah giler! Kalau dapat 100K followers je, Budiey akan raikan pembaca semua di #PartyBUdiey. Insyaallah. Gigih giler nak tambah bilangan pengikut. Sekarang ni, baru 60,500. Jadi, sama-sama kita tunggu la ya.

[pullquote align=”right”]Yang penting, Budiey dah caras beberapa orang blogger lain dari segi bilangan followers ni. Heh! Mampo?[/pullquote]

Ia mengambil masa dua hari namun Justin Bieber berjaya memintas Lady Gaga sebagai ikon pop paling ramai pengikutnya di laman sosial Twitter. Wow! Susah betul nak dapatkan jumlah pengikut yang ramai di Twitter. Anda perlu glamor dan dikenali seluruh dunia.Kalau tak jangan harap nak paksa orang follow.

Kata Justin Bieber dalam blognya:

“Selepas mengekori rapat, Justin Bieber berjaya mendahului Lady Gaga awal pagi semalam dalam Kaunter Twitter yang mengira dan memantau Twitter.”

Menjelang tengah hari, Biebs (Bieber) mempunyai 33,342,299 pengikut berbanding 33,333,682 untuk Mother Monster (Gaga), diikuti Katy Perry, Rihanna dan Presiden Barack Obama yang mencatatkan 26,183,711 pengikut.

Minggu lalu catatan kaunter Twitter menganggarkan Bieber boleh melompat untuk menduduki tempat pertama sekurang-kurangnya pada Ahad lalu.

Bieber dan Lady Gaga berada di tangga teratas Twitter sejak 2010 selepas Gaga memintas Britney Spears yang ketika itu sedang mengadakan siri jelajahnya di AS.

Justin Bieber

Sekarang ni, bilangan followers kat Twitter lagi penting dari bilangan pengikut di Facebook. Nampak sangat Facebook dah tenggelam karam di lautan sepi, kan?

Tahniah Justin Bieber.

Me & Lady Gaga

Kesian kau Lady Gaga! Sedih!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ntv7 Umum Senarai Finalis Top 5 Bella Awards 2013

Peraduan Dinner With Shae Anjuran Warner Music Malaysia & Sensasi Selebriti