Jurnal Budiey: Why I Like To Eat at TGI Friday’s

Sahur Ke Tak Nak?
Bangun sahur tetapi mulut seakan malas mahu mengunyah. Lalu, hanya segelas air masak mampu saya telan. Alah bisa tegal biasa, mungkin dah jadi kebiasaan. Meniti 10 hari terakhir di Ramadan Al-Mubarak ini buat perut saya sudah kalis. Alhamdulilah, berat saya yang 75 kg sudah berkurangan. Tetapi bukan itu matlamat dan visi sebenar kita berpuasa kan?

Rezeki Ramadan; Another Advertorial Coming Yeay!
Alhamdulilah, syukur kerana cahaya Ramadan membuka pintu rezeki. Hari ini, ada rezeki berkunjung lagi dengan satu tawaran Advertorial paling mahal pernah saya terima sepanjang hidup sebagai penulis blog. Nantikan entri advertorial & background Ads dari syarikat komunikasi gergasi di Malaysia ini pada penghujung bulan ini. Kini, saya sudah dapat merasakan kemeriahan dan keseronokan hidup seorang penulis blog. Selain dapat kenalan dari pelbagai golongan dan bersekongkol dengan pelbagai kerenah pembaca, saya juga dapat menolong advertiser memperkembangkan bisnes dan empayar mereka. Terbukti, jadi blogger pun boleh jadi hamba yang terus hidup! Tunggulah tahun depan, kalau pendapatan meningkat, insyallah saya akan bersara dari karier rutin dan menjadi penulis blog sepenuh masa. Selamat datang ke dunia problogger! Huhu…

Jemputan Berbuka Puasa Metrowealth
Hari ini ada event yang perlu saya hadiri. Majlis Berbuka puasa anjuran Metrowealth Sdn Bhd menjadi event kedua selepas Majlis Berbuka Aizat di Kompleks Dayabumi. Ke sana bersama Rizal seawal jam 5 petang usai tamatnya waktu berteleku di kantor. Seronok jugaklah dapat jumpa pelakon Gol & Gincu yang bawa watak Reza yang mencintai Puteri tu… Siapa lagi kalau bukan anak jantan Khatijan Tan. Ekceli, Budiey Suka tengok Reza melamar Puteri di padang futsal dalam Gol & Gincu season 2. So Damn cute romantisme banget!

1483112619 86B8Cc1E3C O | 4

Eh! Baru perasan, nama Metrowealth ni kira menjadilah. Wealth… mmm… betul-betul buat duit. So, sesiapa mahu menamakan syarikat sila pilih nama syarikat yang sebegini. Contohnya, Syarikat Kaya Raya, Millionaire Sdn Bhd atau Orang Kaya Baru Sdn Bhd.

Aduh… rasa simpati melihat anak-anak yatim Darul Kifayah yang hadir. Kesian depa takde ayah dan ibu, kan? Tetapi nak buat macamana, Budiey pun dah takde ayah juga. Kira anak yatim gak la saya ni kan. Perut rasa kenyang kerana berbuka dengan menu dari Restoran The Lemon. Apa lagi… haaa… belum hari raya lagi, saya dah dapat duit raya dari Metrowealth. RM50 tuuuuu… TQ TQ! Malulah, besar panjang pun masih nak duit raya. Huhu tak maluuuuu….

1483110781 98A6A5379F O | 5

Oh ya, hari ini Budiey sudah poskan satu peraduan di Majalah EH! Huhuhu… lama tidak menyertai peraduan, rasa ralat pula. Rasa mahu kembali menjadi seorang contest maniac yang aktif tetapi masakan menjadi nyata dengan dunia ketagihan berblog ini semakin menjadi-jadi menyerang saraf optik saya.

Soal Hati?
Saya dan si dia? Huhu! Sukar untuk diceritakan segala perasaan saya. Kadang-kadang begitu dan kadang-kadang begini. Tidak tentu arah jadinya. Yang saya rasa, hidup terasa indah ketika bersama. Tetapi apabila menghadapi saat rindu dan sepi. Huh. Rindu itu bagaikan batu menghimpit kerana pedih menanti adalah satu derita tajam menikam sebenarnya. Mabuk cinta? Ketagih cinta? Katakan apa sahaja. Naluri tetap berkata, untuk bahagia Budiey sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat berbual-bual dan berketawa ria bersama. Bukankah kita dilahirkan di dunia ini untuk mengecapi betapa manisnya makna bahagia?

Kenapa Suka Makan di TGI Fridays?
Nuffnang sedang mencari 50 blogger yang sudi mengirimkan entri Mengapa Saya Suka Makan di TGI Fridays atau Why I Like To Eat at TGI Friday’s. Hadiah utamanya, RM1 ribu untuk entri paling kreatif dan selebihnya 50 orang akan berpeluang makan-makan membulatkan perut di TGI Friday’s. Seronok bukan? Budiey rasa nak join peraduan ini tetapi masih dalam melakar draft. Huhu… untuk menang RM1 ribu? Jauh panggang dari api. Budiey manalah kreatif nak buat entri pemikat juri. Sekadar suka-suka, okaylah.

Iklan raya sudah menyerang kaca TV menandakan kemeriah Eid Mubarak menggamit nostalgia… Mmmm… bagi ande semue… iklan mana yang paling cool?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sana Khan 1 | 23

Advertorial: Santai Sahur Bersama Dayu (D’Henna Artiste)

Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz