Jurnal Budiey: E-Book, Majalah Eh!, Melodi TV3, KL Sentral & Dia

Lama saya tidak membeli majalah. Sejak ada e-book yang tersedia di internet, saya malas untuk membeli majalah. Kalau ada beli pun sebab nak masuk peraduan. Masuk peraduan boleh menang hadiah. Dah banyak benda dan hadiah saya menang. Tu yang jadi ketagih tu. Sekarang dah tak macam dulu. Sibuk memanjang dengan menulis blog sampai tiada sepincing masa untuk mengumpul borang peraduan. Dulu, saya gila dengan peraduan sampai sanggup melaburkan wang beratus ringgit untuk membeli majalah mahu pun akhbar.

Majalah kegemaran saya? Dulu, majalah Sentiasa Manja terbitan MediaCorp yang menjadi kemestian. Tetapi tidak lagi setelah majalah tersebut dilanda konflik dalaman sehingga majalah itu terpaksa dihentikan jualan. Sayang sekali. Isi Mangga memang bagus sebab segala cerita dan gosip selebritinyanya jujur, telus dan berani serta seksi. Haha! Suka dengan gaya editor separa botak, Saniboey tu dan pengarangnya juga memang happening dengan butiran idea yang menggetarkan jiwa segenap pembaca. Langsung saya tersedar, mengapa tidak idea dan gaya mereka menjadi inspirasi saya untuk menulis.

Hari ini, keluar ke KL Sentral dengan seorang kawan. Huh, kawan ini… recently dia semakin mampir menjadi kawan setia ke hulur hilir menemani kekosongan hidup saya. Dulu, saya tidak memandang sebelah mata pun dengan kawan ini, sehingga dia pernah bilang dan menggelarkan saya ini si penyombong yang bongkak serta malas untuk menguntum senyum! Waduh, tajam sekali sangkaan loe tu deh kawan!

Ini dia manik untuk menghidupkan pokok dalam rumah. Harganya RM7. Mahalkan?

Keluar dengan kawan ini ke KL Sentral untuk mencuci mata. Haha! Jahat sungguh! Cuci mata di bulan puasa? Tidak, sekadar mencari sesuatu barang untuk dibeli. Apa nak beli ha? Mula-mula ke kedai si penjual pokok yang selalu mesra alam itu. Beli manik-manik yang mampu membesarkan pokok oriental di ruang tamu. Kemudian, saya putar-putar sekitar KL Sentral tanpa haluan. Eh lupa, pada hari Ahad ini, ada rakaman Melodi kat KL Sentral. Saya rasa nak pergi tengok Fara Fauzana dan Wahid canang gosip. 

Singgah di MPH mencari majalah. Mimpi apa semalam ni, tiba-tiba saya mahu menatap majalah Eh! Erk! Lantaklah orang nak kata, majalah Eh! tu sebenarnya untuk orang perempuan sahaja lah! Bukan, jangan ingat orang lelaki ngak bisa menelaah Eh! sebab Eh! pun ada column untuk lelaki juga. Tak percaya, cuba beli dan tataplah mukasurat 206. Ada fesyen baju raya terkini digayakan oleh Ashraf Muslim, Razali Hussin dan Syawal. Saya paling suka dengan baju kemeja ala baju Melayu rekaan Salikin yang berharga RM180 diposing oleh DJ Suria FM, Tuah Iskandar… tetapi tak tahu kat mana butik Salikin. Sesiapa tahu, tolong kasi tau saya di ruangan komen. Sebab memang nak beli kemeja semacam itu buat penghias diri di Aidilfitri.

Pulang rumah, terus rendam manik yang saya beli di KL Sentral tadi dalam satu balang kosong. Dan ini dia gambarnya… Tadaaaaaa….

Hari ini berbuka dengan nasi berlaukkan sup lidah yang dibeli dengan harga RM6. Sedap juga sekali sekala pekena sup lidah. Tapi entahlah, rasa macam tidak boleh lawan dengan masakan ibu atau masakan housemate. Tulah, masak sendiri lagi sedap dari beli kat Bazar Ramadan, kan?

Akhir sekali, nak bicara sikit pasal kekosongan hidup saya yang kini semakin terisi dengan seseorang… Entahlah, semenjak jiwa terpaut dengan kebaikan si dia akhir-akhir ini, langsung hati merasakan ada sesuatu yang sukar dirungkaikan. Sayang atau cinta? Itu saya tak pasti. Yang pasti, saya sudah berjinak-jinak untuk mulai merasai betapa manisnya rasa rindu dan betapa rasa pahitnya rasa cemburu. Itulah, bila termakan budi, inilah jadinya. Ada orang cakap, biar termakan budi, jangan sampai tergadai body. Aiyoo, sape nak jawab tu. Bagi saya, soal sayang dan cinta ni sukar sangat dimengertikan. Very subjective… Just follow the flow je la kan. Serahkan segala pada takdir tuhan. Biar Dia sahaja yang tentukan. Anda pernah merindui seseorang? Apa yang anda buat?

Bye all. Nak masuk tidur dah nih.

Wassalam.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Suspek Pembunuh Nurin Jazlin

Gambar Nasha Aziz di Majlis Bersama Anak Yatim