in ,

Juliana Ibrahim Hamil 3 Bulan

Bakal Timang cahaya Mata Ketiga

Ramadhan kali ini pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim mula mengajar dua puterinya, Luna Alyssa berusia 3 tahun dan Alaia Zahira yang berusia 2 tahun, di samping memberi semangat kepada suaminya yang berketurunan Belanda, menjalani ibadah puasa.

Juliana Ibrahim

Katanya lagi disebabkan suaminya pernah menetap di Indonesia, jadi dia sudah terbiasa dengan masakan Melayu. Malah setiap kali tiba Aidilfitri antara juadah kegemarannya ialah rendang, lemang dan nasi beriani. Juliana mendirikan rumah tangga dengan Pelle Aardewerk 2007 dan suaminya bekerja sebagai pengurus audit teknologi maklumat.

“Allhamdullilah, anak-anak pun sudah mula belajar-belajar puasa. Suami pula memang tiada masalah berpuasa. Cuma mula-mula dulu agak susah juga. Sekarang ni dah okay. Dan dia memang suka makan masakan pedas. Di rumah saya memang cakap bahasa Melayu dengan anak-anak. Ayahnya pula cakap bahasa Belanda dengan mereka. Cuma, iyalah bila di sekolah mereka bercakap bahasa Inggeris jadi bila kita tanya dalam bahasa Melayu atau bapanya cakap bahasa Belanda, mereka tetap jawab dalam bahasa Inggeris,”

Selamat berpuasa dan selamat menimang anak yang ketiga, Juliana.

Juliana Ibrahim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Episod Drama Keluarga Iskandar

Tiket Konsert BigBang di Malaysia Habis Dijual