in

Juara Program Realiti Amir Sisi Lancar Single Pertama Berjudul AYAH IBU

Juara Program Realiti Amir Sisi berkongsi rasa menerusi Ayah Ibu

Mungkin masih ramai lagi yang tidak mengenali nama Amir Sisi. Kanak-kanak yang berusia 13 tahun yang berasal dari kawasan pedalaman Gerik, Perak mula menempa nama beliau menerusi sebuah program realiti untuk kanak-kanak.

Menerusi program tersebut, ianya benar – benar menyerlahkan dan mengetengahkan lagi bakat Amir. Dalam program ini, Amir telah digandingkan bersama jurulatih yang juga merupakan seorang penyanyi dari kumpulan MADAM iaitu Putera Muhammad.

AMIR SISI

Keserasian gandingan mereka terbukti apabila hampir setiap minggu Amir berjaya memukau hati juri dengan nyanyiannya yang merdu dan unik.

Sosok kecil yang berbakat besar ini juga mempunyai auranya yang tersendiri dan sering memberi kelainan dalam setiap persembahannya. 

Kali ini, diberi peluang untuk bekerjasama dengan komposer terkenal Ikhwan Fatanna untuk single sulung beliau yang bertajuk, Ayah Ibu. Lagu ini mengisahkan tentang pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak – anak. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini juga sangat dekat dengan kehidupan Amir dari pedalaman. 

Single yang pertama ini juga merupakan hadiah daripada  Rocketfuel Entertainment untuk Amir di atas kemenangan beliau dalam program realiti tersebut. Proses rakaman lagu ini juga agak mencabar memandangkan Amir masih lagi bersekolah dan tinggal di kawasan pedalaman yang agak jauh dari Kuala Lumpur.

RFE07029

Menurut En. Prem Anand, selaku Vice President Rocketfuel Entertainment, “Kami telah menyedari potensi Amir semenjak kemunculan pertama Amir dalam sebuah program realiti, dan pihak kami terus mengikuti perkembangannya sehingga tamat program. Apabila Amir dinobatkan sebagai Juara, kami merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk terus membantu mengembangkan bakatnya. Amir juga merupakan salah seorang artis rakaman di bawah naungan syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment. ”

Bagi Amir pula, “Amir rasa sangat gembira dan teruja dengan lagu ini sebab ini merupakan single pertama Amir. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada Amir khasnya kepada ibu bapa, cikgu-cikgu dan rakan-rakan yang ada bersama sejak dari mula sehingga ke hari ini. Terima kasih juga kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana percaya dengan Amir dan memberikan peluang untuk menghasilkan lagu ini. Perasaan ini sangat sukar digambarkan dengan kata kata jadi Amir berharap agar lagu ini dapat memberi kesan yang baik kepada semua dan mesej yang disampaikan dapat diterima ramai. Teruskan memberi sokongan yang padu dan Amir berjanji akan sentiasa membanggakan ibu dan ayah Amir”.

Lagu ‘AYAH IBU’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Dengan Kerjasama FAMA Belanja Makan 100 Orang Pendengar!

Sertai Uji Bakat Pencarian Girl Group Anjuran Alternate Records & Talents