in

Jualan Tiket Prebiu Lagenda Budak Setan 2

Jualan Tiket Prebiu Lagenda Budak Setan 2

Penantian untuk mengetahui sambungan filem cinta lagenda kini berakhir. Filem sekuel cinta terhebat tahun ini, Lagenda Budak Setan 2 akan ditayangkan pada 29 November 2012 namun para peminat berpeluang menontonnya lebih awal di Prebiu Pre-Gala yang bakal diadakan pada 26 November 2012 (Isnin), jam 9 malam di GSC Pavilion Kuala Lumpur.

Barisan pelakon seperti Maya Karin, Farid Kamil dan Bront Palare akan mengadakan sesi beramah mesra pada malam tersebut. Para penonton juga berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Bali untuk pasangan pakain terbaik pada malam itu. Selain daripada itu, setiap penonton bakal menerima ‘goodie bag’ untuk setiap pembelian tiket.

Tempat adalah terhad dan ini merupakan satu-satunya prebiu ekslusif yang dibuka kepada orang ramai. Prebiu ini merupakan pertama kali dalam sejarah perfileman tempatan.

Tiket berharga RM30 bagi prebiu filem ini akan mula dijual pada 15 November 2012 di laman sesawang www.gsc.com.my atau di kaunter tiket di GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

SINOPSIS LAGENDA BUDAK SETAN
Terbitan: Astro Shaw & Tarantella Pictures
Penerbit dan Pengarah: Sharad Sharan
Selepas kematian Ayu, Kasyah meneruskan kehidupan bersama anaknya Athirah. Walaupun telah kecewa, Katherina bertemu dengan Kasyah kembali dan mereka banyak meluangkan masa bersama. Percintaan mereka semakin mekar namun mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan daripada pihak ketiga. Dapatkah mereka terus bersama? Saksikan kisah cinta lagenda ini…

Poster Lagenda Budak Setan 2 Katerina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia’s Kuala Lumpur Solo Makes a Comeback

Media Prima’s Key Events Shortlisted At Regional Awards