in , , ,

Jualan Penghujung Tahun Maxis Biggest Sale

Sambut akhir tahun anda dengan promosi peranti yang hebat bersama Maxis Biggest Sale

Raikan musim perayaan dengan Maxis Biggest Sale! Dari bulan Disember 2019 hingga 29 Februari 2020, pelanggan Maxis dan Hotlink boleh menikmati promosi telefon pintar yang hebat, dengan lebih banyak lagi tawaran akan datang. Di jualan Maxis terbesar untuk tahun ini, pastinya ada sesuatu untuk semua orang!

Maxis Biggest Sale (BM)

“Promosi telefon pintar dan gajet merupakan kegemaran ramai. Bagi mengakhiri tahun 2019 dengan hebat, kami ingin memberikan lebih nilai kepada para pelanggan melalui Maxis Biggest Sale.

Dari individu ke seluruh keluarga, pastinya ada sesuatu untuk menggembirakan semua orang dengan promosi peranti, bertambah dengan pelancaran baru yang dinanti-nantikan, terutamanya pada musim perayaan yang menjelang tiba. Sekiranya anda telah lama mengidam telefon, sekarang adalah masa untuk merebut peluang,” kata Navin Manian, Ketua Pengurusan Pangkalan Pelanggan, Maxis.

  • Maxis Biggest Sale menawarkan promosi telefon pintar hebat dan lebih banyak lagi akan datang
  • Dapatkan dua buah telefon Samsung, Huawei atau Oppo dengan ansuran bulanan tunggal yang menarik pada Maxis Zerolution
  • Dapatkan telefon Oppo untuk RM1 sahaja pada Hotlink Postpaid Flex

Dua buah telefon untuk satu ansuran bulanan pada pelan Zerolution Maxis

Dapatkan dua buah telefon pintar terkini untuk ansuran bulanan tunggal yang menarik pada pelan Zerolution Maxis, dari sekarang hingga 31 Januari 2020 atau selagi stok ada.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan hanya perlu berada pada pelan MaxisONE 128 dan ke atas dan mendaftar talian tambahan baru untuk RM48 sebulan. Jangan lepaskan peluang ini kerana tawaran hanya akan diberi kepada pelanggan pelan MaxisONE 158 dan ke atas apabila jualan tersebut tamat.

Pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih daripada enam model telefon pintar terkini tanpa bayaran pendahuluan, kadar bunga dan kad kredit. Dengan promosi ini, mereka boleh menjimat sehingga RM3,500.

Telefon pintar yang boleh didapatkan dengan promosi ini adalah: 

PerantiBayaran bulanan pada ZerolutionPenjimatan
2x Samsung Galaxy Note10+Dari RM259 sebulanSebanyak RM2,100 dari HRD
2x Samsung Galaxy Note10Dari RM189 sebulanSebanyak RM2,800 dari HRD
2x Huawei Mate 30 ProDari RM179 sebulanSebanyak RM3,500 dari HRD
2x Huawei Mate 30Dari RM89 sebulanSebanyak RM3,400 dari HRD
2x OPPO Reno 2Dari RM79 sebulanSebanyak RM2,700 dari HRD
2x OPPO Reno 2FDari RM45 sebulanSebanyak RM2,100 dari HRD

Telefon pintar Oppo untuk RM1 sahaja dengan Hotlink Postpaid Flex

Hotlink juga akan melancarkan Oppo A5s terbaru semasa Maxis Biggest Sale. Pelanggan boleh membeli Oppo A5s baru atau Oppo A1k pada harga yang sangat rendah untuk RM1 di Hotlink Postpaid Flex Plus, dengan RM60 sebulan, termasuk pelan pakej peranti sehingga 31 Januari 2020. Ini merupakan harga yang paling berpatutan untuk Oppo A5 di pasaran.

Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari https://www.hotlink.com.my/ms/plan/hotlink-postpaid-flex/

Lebih tawaran dengan Maxis Biggest Sale

Lebih banyak tawaran akan datang dengan Maxis Biggest Sale sehingga 29 Februari 2020. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qi Razali Mengidap Alzheimer Dalam Supertele LAFAZ

Betul Ke Hubungan Hafreez Adam & Zara Zya Dah Retak?