in

JOOX LIVE NIDJI Love, Fake, & Friendship LIVE di Malaysia

JOOX, iaitu app penstriman muzik terkemuka Malaysia kembali menggegarkan Mei ini melalui JOOX LIVE, dengan menampilkan band rock Indonesia penuh sensasi, NIDJI, secara langsung di Malaysia!

JOOX LIVE berhasrat melonjakkan pengalaman muzik digital dengan membawa gegak getaran persembahan secara langsung kepada pengguna segenap pelosok negara sambil menawarkan suatu wadah sokongan kepada dunia muzik yang sedang rancak berkembang di rantau ini. Setelah lima tahun peminat menantikan saat ini, NIDJI baru-baru ini menerbitkan album studio baru mereka berjudul, “Love, Fake & Friendship” dan bakal memukau penggemar konsert dengan himpunan lagu khas menawan ciptaan mereka.

JOOX LIVE with NIDJI

Konsert JOOX LIVE bersama NIDJI akan diadakan pada 11 Mei 2017 di Kilang Bateri, Johor Bahru, dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Para peminat NIDJI boleh membeli tiket menerusi JOOX app yang tersedia dalam 2 pakej, dengan harga RM80 setiap satu :

Pakej Pelanggan Terawal (RM 80):
Termasuk 1 Pas Masuk, 1 Bulan Langganan JOOX VIP & 1 CD “Love, Fake & Friendship” berautograf. *Pakej ini tersedia mulai 26 April dan terhad kepada 200 pembeli pertama.

Pakej Biasa (RM 80):
Termasuk 1 Pas Masuk dan 1 Bulan Langganan JOOX VIP

Tiket konsert boleh didapati di Kilang Bateri Merchandise Store dan juga di cawangan-cawangan CD RAMA seperti Sunway Putra di KL, HARRIS di Aeon Tebrau City Shopping Center, Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Centre di Johor. Tiket konsert juga boleh didapati dalam talian melalui laman web Peatix di jooxlivenidji.peatix.com.

Barisan bintang rock Indonesia NIDJI kembali menggegarkan peminat di Malaysia

Sempena ulang tahun ke-15 mereka tahun ini, NIDJI melihat persembahan mereka di JOOX LIVE sebagai peluang yang amat baik untuk menjalin semula hubungan dengan peminat Malaysia setelah berehat sekian lama daripada membuat rakaman.

JOOX LIVE telah berjaya menarik pengikut yang ramai di Malaysia dengan membawa persembahan bercorak antarabangsa secara langsung dan eksklusif, di samping menyokong industri muzik tempatan dan serantau, contohnya festival muzik Lovelifest baru-baru ini yang berlangsung dengan kerjasama Yuna Room Records.

“JOOX LIVE adalah suatu wadah yang sedang berkembang dengan pesat bagi komuniti muzik tempatan dan pihak kami sangat terharu dengan sambutan yang diterima di sini di Malaysia. JOOX LIVE bersama NIDJI “Love, Fake & Friendship” adalah satu lagi kesempatan untuk memperkukuh kedudukan kami sebagai penyedia muzik digital terkemuka dengan membawakan satu lagi pengalaman konsert eksklusif yang mengesankan untuk para peminat. Matlamat kami tidak lain tidak bukan untuk terus-menerus mempersembahkan pengalaman dan kandungan berciri tempatan yang menarik kepada pencinta muzik Malaysia”, kata Angie Tan, Pengarah Perkembangan Perniagaan JOOX Malaysia.

Lebih ramai lagi artis tempatan dan antarabangsa dijadualkan naik pentas di JOOX LIVE. Untuk mengetahui siapa yang bakal ditampilkan selepas ini, sila muat turun app JOOX atau layari http://www.joox.com/. Berlatarkan fungsi-fungsi muzik yang bergaya, interaktif dan kian inovatif, JOOX berterusan meletakkan tanda aras dalam membawa hiburan muzik berkualiti tinggi kepada pengguna pada bila-bila masa, di mana-mana jua dan dalam apa-apa sahaja peranti.

Latar Belakang JOOX
JOOX merupakan app muzik percuma khusus buat pencinta muzik. Berbekalkan koleksi hits yang begitu banyak dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis pujaan, lagu, album dan senarai muzik peribadi. Pengguna akan mengenali muzik baharu yang hebat menerusi rangkaian lagu dan stesen radio yang sesuai dengan selera dan jiwa mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Usop, Along, Syeera & Elica Mara Ke Konsert Akhir Mentor Milenia 2017

Drama Bersiri Sesuci Syahadah Pengorbanan Seorang Mualaf