in , ,

JOOX Lancar Hip Hop Beats Meriahkan Perkembangan Muzik Hip-Hop di Malaysia

Artis duo hip-hop, GARD WUZGUT melancarkan album terbaharunya LEBUHRAYA SLATAN secara EKSKLUSIF di JOOX pada 31 Disember di bawah projek “JOOX ORIGINALS”

Menyaksikan populariti muzik hip hop yang terus hangat dan mempunyai peminat setia dalam industri muzik tanah air, JOOX, platform paling berdedikasi di Asia dengan bangganya melancarkan “JOOX ORIGINALS – Hip Hop Beats” di Malaysia yang pasti akan memenangi hati para peminat hip-hop lokal dan mengembangkan lagi genre ini. Berita baik buat peminat hip-hop di Malaysia yang dahagakan muzik segar daripada penyanyi rap tanah air, JOOX melancarkan album terbaharu GARD WUZGUT yang berjudul LEBUHRAYA SLATAN secara  eksklusif pada 31 Disember sempena pelancaran siri muzik “Hip Hop Beats” ini.

JOOX berkomitmen tinggi untuk sentiasa menyediakan muzik hip hop terbaik kepada peminat di seluruh Malaysia, dan ini telah terbukti apabila muzik genre hip-hop telah di strim sebanyak 810,000 kali pada tahun sebelumnya.

JOOX ORIGINALS - Hip Hop Beats (Gard Wuzgut - Lebuhraya Slatan)

JOOX tidak akan berhenti sehingga di situ sahaja, kerana JOOX sentiasa berdedikasi dan akan membuktikan bahawasanya akan terus aktif menyumbang kepada perkembangan muzik di tanah air termasuklah muzik genre hip-hop dengan melancarkan lebih banyak muzik bernuansa hip-hop di masa hadapan melalui siri “Hip Hop Beats” ini.

GARD WUZGUT adalah duo hip-hop / R&B yang ditubuhkan pada tahun 2018, yang menghasilkan muzik dengan rentak memukau dan menarik. Menjelang pelancaran album penuh eksklusif ini, GARD WIZGUT juga telah menghasilkan sebuah EP baru-baru ini untuk memperkenalkan muzik mereka kepada lebih ramai lagi peminat muzik hip-hop Malaysia.

Gard Wuzgut 3

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan “Hip-hop adalah salah satu genre yang paling digemari di negara ini, dimana ianya telah terbukti dalam carta muzik JOOX Malaysia. Kami sangat berbesar hati dan merasa bangga kerana telah berpeluang untuk melancarkan “Hip Hop Beats” di bawah projek “JOOX ORIGINALS” yang akan menawakan lebih banyak lagu hip-hop terbaik dan terhangat kepada peminat muzik tempatan, di mana duo hip-hop GARD WUZGUT menjadi artis pertama dan sebagai pembuka tirai untuk siri muzik ini. JOOX berharap dapat menyediakan lebih banyak lagi muzik tempatan dan antarabangsa kepada peminat Malaysia di tahun hadapan.”

Sejak dilancarkan lima tahun yang lalu, JOOX telah menghasilkan lagu-lagu hit daripada artis-artis popular tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Sophia Liana, FML, Zizi Kirana dan ramai lagi untuk peminat muzik tanah air melalui pelancaran siri “JOOX ORIGINALS Super Producer” dan siri “Hip Hop Beats”. Projek yang akan datang untuk JOOX ORIGINALS adalah ‘Gegaran Band’, yang akan dilancarkan secara eksklusif di JOOX pada bulan depan.

Gard Wuzgut 1

Jangan ketinggalan untuk mengikuti rentak lagu terbaru dan terhangat masa kini, bukan sahaja genre hip-hop tetapi semua genre muzik dari pustaka muzik kami yang menyediakan lebih daripada 30 juta lagu dari seluruh dunia! JOOX membawakan artis, lagu, album kegemaran anda, senarai main dan persembahan secara langsung ke hujung jari  anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Nikmatinya sekarang dengan muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX

Lebuhraya Slatan Album Cover

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ozlynn Wati Jadi Hos Program JEJAKA INSTA MASUK DAPUR di TV Okey

Ada Kongsi Foto di Langkawi, Harris Annuar Sahkan Dirinya Positif Covid-19