in ,

Jom Sertai Peraduan Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew

BONANZA SELEBRITI HOT FM AM KREW: RM60,000 untuk dimenangi!

Bukan sekadar duit raya, bukan juga wang biasa tetapi kali ini wang besar yang bernilai sehingga RM60,000 bakal diberikan kepada pendengar-pendengar bertuah Hot FM.

Melalui Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW, kali ini pendengar diwajibkan meneka item atau personaliti yang dimaksudkan melalui pembayang kata yang akan diberikan. Sekiranya jawapan tepat diberikan dalam masa 10 saat selepas pembayang kata diberikan, mereka akan menerima duit raya sebesar RM1,500!! Namun sekiranya tiada jawapan yang tepat diberikan, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul!

Semuanya akan berlaku bermula pada 3 September 2012 dan berlangsung selama 4 minggu. Tetapi jangan lupa, nantikan isyarat memanggil dan jadi pemanggil ke enam untuk layak menyertai Bonanza Selebriti ini!

Yang menariknya, bukan penyampai Hot FM yang akan memberikan pembayang kata tersebut, tetapi selebriti popular terkini akan turut sama ”mendera” akal pendengar. Dengar suara jantan Remy Ishak dan suara lunak Datuk Siti Nurhaliza untuk pembayang kata nanti!

Fakta Ringkas :

• Jumlah untuk dimenangi adalah sehingga RM60,000.

• Tarikh Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW bermula 3 September dan berlangsung selama 4 minggu dan hanya berlaku di segmen Hot FM AM KREW sahaja sebanyak 2 kali.

• Dengarkan isyarat memanggil di Hot FM dan jadi pemanggil ke 6 untuk layak menyertai Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW ini

• Teka item atau personaliti yang dimaksudkan melalui pembayang kata yang akan diberikan oleh personaliti/artis popular tanahair dan jawapan tepat dalam sepuluh saat akan menerima RM1,500.

• Sekiranya gagal, wang akan dibawa ke waktu seterusnya.

• Untuk pembayang kata, selain dari segmen Hot FM AM KREW, sebahagian daripada pembayang-pembayang tersebut juga akan diperdengarkan di segmen penyampai lain sepanjang hari.

Peraduan Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Hari Jadi Ke-42 Adibah Noor

Senarai Filem Warner Bros 2012 dan 2013