in

Jom Santai Bersama Life Records

Jumaat, 1 Jun 2018, Kuala Lumpur, Life Records telah mengadakan sebuah majlis Jom Santai meraikan media bertempat di Makam Makan Coffee House, Hotel Royal Kuala Lumpur.

Selain daripada meraikan media, majlis ini adalah untuk memperkenalkan single-single terbaru dari artis-artis di bawah naungan Life Records iaitu “Tiada Dendam” oleh Zara Zya dan “DTP” oleh SheraKamarul , dan label-label pengedaran seperti “Wayangan” oleh Omera dari Imazpro Resources, “Someday” oleh Datin Ilyka dan “Nafas” oleh Sahimi dari Cloudworks dan” Baju Raya Eksklusif”” oleh Izzmad Harun oleh Nakhoda Alam Enterprise.

Life Records

Selain daripada itu, muzik video “Tiada Dendam” oleh Zara Zya ditayangkan secara eksklusif di majlis ini. Penggambaran muzik video “Tiada Dendam” telah dijalankan di sekitar bandaraya Tokyo, Jepun seperti Shibuya Crossing, Harajuku, Odaiba Aqua City, Asakusa dan Shinjuku.

Muzik video “Tiada Dendam” mendapat sentuhan dari pengarah muzik video berpengalaman dari Indonesia, Chris Sinyal. Muzik video Dadali “Di Saat Aku Tersakiti”, Papinka “Di Mana Hati Mu” & Rio Febrian “ Mengerti Perasaanku” merupakan hasil kerja Chris Sinyal.

Life Records juga amat berterima kasih di atas kesudian pihak Waznah Sdn Bhd, Hotel Royal, Imazpro Resources dan Cloudworks di atas kerjasama mereka untuk menjayakan lagi majlis ini.

Life Records

TIADA DENDAM – ZARA ZYA
Komposer : Lieynur & Fauzi Aisunam (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
Penulis Lirik : Fauzi Aisunam / Dian (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
P : 2018 Hup Hup Sdn Bhd (Life Records), Zara Zya Management Sdn Bhd & Waznah Sdn Bhd, Brunei Darussalam

Zara Zya, 33 yang lebih dikenali sebagai seorang pelakon, tampil dalam bidang nyanyian dengan mempertaruhkan single “Tiada Dendam”.

Lagu yang berentak balada ini adalah hasil ciptaan bersama Lieynur Lee dan Fauzi Aisunam sementara liriknya ditulis oleh penulis lirik terkenal Iman Imran.

“Tiada Dendam” adalah kerjasama di antara Zara Zya Management Sdn Bhd Waznah Sdn Bhd dan Life Records.

Zara Zya menghadiahkan single ini buat para peminat setianya yang banyak memberi sokongan kepadanya sebagaiseorang anak seni.

“Tiada Dendam” sangat istimewa kerana melodi dan liriknya sangat positif.

Zara Zya ingin pendengar menjadi positif dan sentiasa tenang bila mendengarkan lagu ini. “Walau apa pun rintangan yang ada, kita mesti kuat, cekal dan tabah. Ada hikmahnya di sebalik semua perkara yang berlaku” ujarnya lagi.

DTP – SHERAKAMARUL
Komposer : Fauzi Aisunam & Dian (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
Penulis Lirik : Fauzi Aisunam & Dian (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
P : 2018 Hup Hup Sdn Bhd (Life Records) & Waznah Sdn Bhd, Brunei Darussalam

Lagu DTP merupakan lagu ciptaan dan lirik bersama Fauzi Aisunam dan Dian. Bagi SheraKamarul lagu ini merupakan lagu yang sangat mendalam melodinya dan saya yakin ia akan dapat mengusik jiwa pendengar yang betul-betul memahami bait-bait liriknya dan SheraKamarul sangat bertuah kerana diberi peluang untuk menyanyikan lagu ini.

Lagu ini menceritakan keperitan dan kesetiaan menunggu orang yang dicintai kembali dan akhirnya akur dengan kenyataan dan melepaskannya pergi .

Shera bekerja sebagai artis budaya di Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) selama hampir dua tahun, banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan di antaranya membuat persembahan bertaraf antarabangsa di Moscow dan London sempena Malaysia Day, mengadakan persembahan tarian sempena Spring Festival di Nanning China serta melibatkan diri di dalam persembahan bertaraf serantau yang dianjurkan oleh ASEAN dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Bakat di dalam bidang nyanyian Shera dicungkil ketika Shera berumur 9 tahun di mana Shera diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Taman Budaya Negeri Sembilan.

Pertandingan nyanyian pertama yang Shera sertai ialah ketika Shera berumur 14 tahun. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana sekadar meraih hadiah saguhati. Selepas itu, Shera hanya memberi tumpuan di dalam bidang tarian sehingga Shera berumur 19 tahun ketika mula menyertai Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN).

WAYANGAN – OMERA
Komposer : Red One (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
Penulis Lirik: Dr. Soul (Goodsound Music Publishing Sdn Bhd)
P & C : 2018 ImazPro Resources

Lagu dan lirik yang diinspirasikan melalui kisah sebenar mengisahkan tentang seseorang yang dipersendakan dan dipermainkan di dalam sesebuah hubungan samada di dalam situasi cinta, pekerjaan, perniagaan dan percampuran dikalangan kawan.

Omera yang bermaksud di dalam bahasa Arab seorang yang memiliki personaliti yang penuh inspirasi dan mempunyai sikap yang positif di dalam apa jua bidang dan secara tidak langsung nama tersebut amatlah sesuai digunakan di dalam menjenamakan sebuah kumpulan baru yang berkonsepkan EDM rock.

Ahli kumpulan Omera berasal dari 4 buah negeri di Malaysia iaitu Kelantan , Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pahang dan masing-masing mempunyai pengalaman yang agak luas di dalam bidang muzik.

Amin (penyanyi) pernah menjuarai sebuah pertandingan di bawah kelolaan radio tempatan swasta iaitu “ HOTFM TWISTIES BINGIT”.

Azmi (bassist) pernah menjuarai berbagai pertandingan Battle Of The Band dan pernah menjadi sessionist bagi artis yang terkenaL di Malaysia.

Azim (drummer) seorang graduasi Aswara pernah menyertai berbagai-bagai persembahan di dalam Malaysia mahupun peringkat antarabangsa dan.

Wan (gitar) pernah dan masih bermain di dalam band tempatan di dalam industrI muzik komersil Malaysia.

Life Records

Baju Raya Ekslusif – Izzmad Harun
Syarikat Penyanyi : Zizzra Red Entertainment
Komposer : Royce Sa’ayan
Penulis Lirik : Royce Sa’ayan
Susunan Muzik : Md Noor Hendrix (Rusty Blade)
Studio Rakaman Vokal : Green House Studio Laguna Music.
Mixing & Mastering: NAE Studio Lab
Terbitan: Nakhoda Alam Enterprise

Baginya Izzmad Harun atau nama sebenarnya Mohd Azwan Harun, menjadikan idola seperti Datuk Jamal Abdillah memberi dorongan dan inspirasi untuk mencapai impiannya sebagai penyanyi yang diminati ramai. “Syukur, alhamdulillah saya semakin yakin dan percaya apabila sampai masanya saya akan muncul di tengah masyarakat.

“Dorongan ibu dan ayah serta adik beradik menjadi jiwa saya kuat dalam menempuhi cabaran,” kata Izzmad gembira apabila ibu bapanya juga turut berdoa agar berjaya dalam bidang yang diceburinya itu. Malah kali pertama bergelar anak seni membuatkan Izzmad bertekad untuk terus berusaha lebih gigih.

Izzmad, anak ketiga dari empat beradik bermula dengan mengasah bakat seni suara dengan menyertai pelbagai pertandingan antaranya Karaoke Jelajah Penang dan sebagainya. Dia telah diuji bakat suaranya hadapan komposer Orkestra RTM Ipoh Ismail Datuk Ahmad Nawab, sebelum mengheret kakinya ke studio merakamkan single pertamanya.

“Saya bersyukur hasrat mahu bergelar penyanyi mendapat restu keluarga. Ibu dan ayah saya sering memberi dorongan.

SOMEDAY – ILYKA
Komposer & Penulis Lirik: Tengku Shafick
Pengurusan & Edaran: Cloudworks Record

Karya berteraskan cinta begitu dekat di hatinya, malah menjadi identiti diri sejak awal kemunculan penyanyi yang pernah popular dengan lagu, “ Diusung Duka”, Datin Ilyka pada awal dekad 1990-an. Namun, situasi di persekitaran menjentik hatinya hingga membuatnya nekad melakukan perubahan dalam aliran muzik.

Atas dasar tanggungjawab, selain ingin membuka mata masyarakat terhadap permasalahan sosial yang melingkari, Datin Ilyka atau nama sebenarnya, Zuraila MohdYassin, 45, memberanikan diri tampil dengan karya berbeza. Lari seketika daripada lagu cinta yang sinonim dengan perjuangannya, Datin Ilyka berkata, penghasilan single, “Someday” bertujuan memberi peringatan dan kesedaran kepada ibu bapa serta pelajar mengenai gejala buli.

Sifat penyayang dan mengamalkan sikap berkawan bersama anaknya, Datin Ilyka sedikit sebanyak dapat mendasari apa yang mereka lalui di sekolah. Di tambah pelbagai insiden yang berlaku di sekeliling, ia bagaikan siren supaya segera bangkit daripada lena dan memberikan perhatian lebih kepada anak-anak.Datin Ilyka kali ini cuba untuk mendekati golongan muda menerusi lagu yang memberi kata-kata semangat dan inspirasi. Dalam pada masa yang sama Datin Ilyka menghasilkan lagu ini untuk menyuntik kesedaran kepada para pelajar supaya tidak terjebak dengan gejala buli

Bekerjasama sekali lagi dengan komposer daripada Indonesia, Tengku Shafick itu katanya, diharap dapat membuka mata semua pihak, selain mengingatkan mangsa buli yang mereka tidak bersendirian menghadapi situasi itu. Menyedari kebanyakan mangsa buli akan mengalami tekanan perasaandankemurungan, malah ada yang takut untuk ke sekolah, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu menganggap, berdiam diri bukan penamat bagi mengekang gejala yang semakin parah itu.

Pernah muncul dengan single, “My Love” ciptaan Hazami tahun lalu, penghasilan Someday baginya, adalah sumbangan kecilnya kepada masyarakat dalam usaha menghentikan gejala negatif itu. Sanggup mengambil risiko, malah sedar lagu seperti itu sukar mendapat tempat, Datin Ilyka tetap menaruh harapan karya yang dihasilkan akan di terima ramai. Datin Ilyka berhasrat lagu ini dapat member kesedaran dan menyalurkan mesej positif supaya mereka tidak terus tertekan. Datin Ilyka berharap lagu ini akan bermain di minda ramai, sekaligus mendorong mereka mengambil langkah serius menanganinya

NAFAS – SAHIMI
Komposer & Penulis Lirik: Hazami
Pengurusan & Edaran: Cloudworks Record

Tiada jalan pintas untuk berjaya dan jangan cepat putus asa walaupun perlu berkali-kali mencuba. Dua tahun berusaha membina kerjaya sebagai penyanyi, nyata tidak mudah buat anak kelahiran Melaka ini, Mohamad Sahimi Ibrahim, 30.

Bernaung di bawah Cloudworks Record dan pernah muncul dengan single pertamanya, “Melang¬kah” pada 2016. Walaupun single itu ciptaan komposer terkenal dari Indonesia, Panji Sakti, ia kurang membantu Sahimi memahat nama di dalam industri di negara kita.
Akur laluannya tidak mudah, tahun ini Sahimi mencari ruang dengan mempertaruhkan single “Nafas”. Karya penyanyi dan komposer Hazami ini di akui amat bermakna dalam diri Sahimi.

Sahimi memberitahu, single keduanya, “Nafas” dituju khas buat arwah ibu, Allahyarham Misiom Jaapar, 64. Katanya, selagi ada ruang dia perlu berusaha.

Beliau berharap “Nafas” akan membawa sinar lebih menyerlah dalam karier nyanyian diceburi ini. Bergenre pop rock, Sahimi berkata, dia juga mengharapkan ”Nafas” mendapat peluang dipilih menjadi lagu tema untuk drama TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cecah 5 Juta Tontonan, Filem Pendek Raya Siti Khadijah Undang Air Mata

Iklan Raya TNB 2018 – Rumah Epik Fantastik Trending di Youtube Malaysia