in , ,

Sekitar Acara Jom Santai Bersama Amaris di Pulau Redang, Seronok Dapat Bermesra dengan Alam

Pada hari ini, 9 Oktober 2015 akhirnya rombongan percutian bersama penyanyi dan selebriti Amaris Ismail telah pun sampai di Kuala Terengganu selepas mengharungi perjalanan selama lebih kurang 6 jam.

Rombongan seramai lebih kurang 50 orang ini terdiri daripada 21 orang peminat, 15 orang media dan selebihnya adalah krew dan juga penaja program. Trip ini turut disertai oleh selebriti dan hos tersohor Maria Tunku Sabri. Jam 5 pagi kami berhenti di Masjid Terapung, Teluk Ibai untuk solat Subuh dan perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu.

Kami sampai di bandar Kuala Terengganu pada jam 7 pagi dan sempat bersarapan di Restoran Ikhwan. Kenyang betul makan nasi minyak berlaukkan kari ayam dan sambal kerang.

Jam 8 pagi, kami sampai di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu untuk menaiki bot yang disediakan oleh Laguna Redang Island Resort. Perjalanan menaiki bot untuk ke Pulau Redang memakan masa selama 1 jam.

Jam 10 pagi, kami sampai di jeti Laguna Redang Island Resort. Sebelum mendapatkan kunci bilik, kami makan tenghari yang disediakan oleh pihak resort ini.

Kami sempat berehat juga dalam 2 jam sebelum Majlis Sidang Media dan Pelancaran Save The Turtles oleh Amaris Ismail di ruang lobby.

Dalam masa terluang tu, Budiey sempat mandi manda kat pantai. Pasirnya cukup halus, airnya membiru, udara sangat nyaman, bebas dari kotoran dan asap jerebu dan yang penting suasana kat sini cukup mendamaikan dan menenangkan.

Trip Redang Bersama Amaris

Jam 5 petang, acara Sidang Media dan Pelancaran Save The Turtles berlangsung. Turut hadir juga adalah para penaja yang turut memberikan ucapan alu-aluan kepada 50 orang peserta. Setiap media dan peserta juga diberikan seekor anak penyu yang akan dilepaskan ke laut.

Trip Redang Bersama Amaris

Selesai ucapan, kami terus turun ke persisiran pantai untuk sesi melepaskan anak penyu. Sebelum itu, kami diberi sedikit taklimat oleh staf tentang anak penyu yang dilepaskan. Menurutnya, anak penyu yang dilepaskan itu adalah dari jenis penyi hijau.

Kami dibahagiakan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan ada 10 orang peserta. Budiey dan Cyrill menjadi kumpulan pertama yang melepaskan anak penyu bersama Amaris Ismail. Program ini turut dirakam oleh tenaga kerja Akasia Travel untuk video rakaman.

Trip Redang Bersama Amaris
Trip Redang Bersama Amaris
Trip Redang Bersama Amaris
Trip Redang Bersama Amaris
Trip Redang Bersama Amaris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Revolusi Klinik CLIQUE Yang Perlu Anda Tahu

Hangatkan Ciuman Anda Dengan Produk Lip Balm CIUM