in

Jom Rebut Wang Ganjaran RM2Juta dalam Program GIGIH

[dropcap]E[/dropcap]nam tahun lalu, tak terlintas pun di fikiran Budiey untuk menjadi seorang pengendali blog sepenuh masa. Masih ingat lagi, semasa awal pembabitan dalam dunia blog, Budiey tidak mensasarkan untuk menjana pendapatan melalui blog. Pada masa itu, menulis blog adalah untuk mengisi masa lapang. Sekadar hobi je. Tak tahu nak buat apa, kita tulis blog. Suka-suka je.

Ketika itu, blog tidaklah sepopular pada hari ini. Tak ramai yang kenal apa itu blog malah blog pada masa itu dipandang seperti benda yang negatif. Mungkin kesan dari kebanyakan blog politik pada masa itu terlalu lantang menyebarkan fitnah. Mmm, sekarang pun kan? Kesannya, masyarakat melihat blog adalah medium yang sangat ‘jijik’. Okay tidak mengapa. Sekurang-kurang kita tahu apa itu etika dalam menulis blog. Bercakap pasal etika dan tips blog ni, Budiey sendiri pun masih lagi belajar untuk menjadi penulis blog yang berjaya. Ilmu kan tanpa sempadan. Tips untuk berjaya, salah satunya, kita kena GIGIH. Kalau tak, memang susah lah nak sukses.

Budiey akui, Budiey sangat gigih. Gigih pergi ke event walaupun kerja masih banyak tak siap. Gigih siapkan kerja sampai lewat malam. Memang Budiey gigih. Budiey mengaku. Tapi kita kena ingat, kalau kita rasa kita ni gigih, sebenarnya ada lagi yang lebih gigih dari kita.

Budiey Gigih

Dalam dunia blog, perkataan gigih tu sangat berkait rapat. Dulu, orang tak pandang pun dengan blog ni. Sebelah mata pun tak. Tapi, senario itu telah bertukar. Blog dah jadi perantaraan media alternatif yang dikatakan sangat cepat dan senang untuk dibaca. Banyak syarikat dah memandang blog sebagai tempat tujuan promosi.

Begitu juga, sekarang semua orang dah menggunakan blog sebagai medium untuk menjadi usahawan yang berjaya. Budiey boleh katakan di sini, semua penulis blog boleh digelar sebagai usahawan kerana mereka menjana pendapatan melalui blog dengan menjual ruang iklan dan advertorial.

Tahun berganti tahun, kini usia Budiey Dot Com dah pun hampir 7 tahun. Syukurlah. Semakin ramai yang ingin menjadi blogger yang berjaya tapi tidak tahu untuk memulakannya. Menulis blog tidak semudah yang disangka dan tidak sepayah yang diduga sebenarnya. Seperti bidang yang lain, semuanya kena ada ilmu dan pengetahuan juga. Budiey juga akui sekarang ini masih belum cukup ilmu untuk memberi panduan dan berkongsi rahsia bagaimana untuk sukses menjadi penulis blog. Banyak lagi tips dan tricks yang perlu dipelajari untuk melengkapkan diri.

Kadang-kadang Budiey rasa malu dan segan bila ada pembaca yang menjadikan Budiey sebagai inspirasi dan bertanya rahsia kekal ‘maintain’ menjadi blogger. Jika ditanya, apa yang penting untuk berjaya adalah kesungguhan, rajin, minat dan komitmen yang tinggi. Itu perkara asas yang kita perlu ada. Jika tidak berminat, susah jugak sebab kita buat sesuatu kerja tu seperti tak ikhlas dan seakan terpaksa.

Sebenarnya banyak rahsia lagi yang mahu Budiey kongsikan kepada anda semua. Cuma peluang dan masa sahaja yang tidak mengizinkan.

BUDIEY JOIN PROGRAM GIGIH

[dropcap]B[/dropcap]udiey berkira-kira, sudah tiba masanya untuk Budiey kongsikan kepada semua rahsia untuk berjaya sebagai penulis blog dengan adanya Program GIGIH yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini. Setelah meneliti syarat dan faedah dari program ini, Budiey rasa ianya sangat bagus. Bagi Budiey, program GIGIH ini adalah satu peluang untuk Budiey mencuba menolong anda semua di luar sana.

[pullquote align=”right”]Jom cepat-cepat join dan isi borang Program GIGIH sebelum tarikh tamat iaitu sebelum 30 April 2013[/pullquote]

Pasti ada yang tertanya-tanya, apa itu Program GIGIH ni. Okay, apa kata ambil masa 2 minit untuk membaca entri ini. GiGIH adalah satu inisiatif untuk menggalakkan semangat keusahawanan dan membantu rakyat Malaysia menambah pendapatan. Ia bertujuan untuk mengiktiraf individu yang berjaya meningkatkan taraf hidup mereka menerusi aktiviti keusahawanan.

Tidak kiralah, anda seorang yang buka bisnes kedai baju secara online ke, jual kuih ke, jual tudung ke, jual kek red velvet ke, pereka fesyen ke, jual kasuat ke, seorang blogger ke, atau apa sahaja anda, selagi anda bergelar usahawan, anda layak untuk menyertai Program GIGIH yang diterajui oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ini. Yang penting, anda ada kesungguhan untuk membantu diri dan keluarga bagi menambah pendapatan menerusi program keusahawanan. Tak kiralah samada aktiviti itu perniagaan ke, hobi ke atau cara hidup anda. Yang penting, ianya dapat menambah pendapatan anda.

Apa yang menariknya ialah, Program GIGIH ini menawarkan ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM2 juta kepada 500 pemenang. Wow! Banyak tu kan?

Budiey difahamkan, apabila kita mendaftar untuk menjadi peserta Program GIGIH ini, kita akan dijemput untuk berkongsi rahsia atau ‘resipi’ kejayaan dan rahsia kita tadi akan diolah menjadi model perniagaan yang boleh diguna pakai untuk orang ramai di luar sana yang berminat.

Gigih

Sangat bagus! Sebab apabila ramai yang masuk program GIGIH ini, makin banyaklah rahsia dan tips untuk berjaya. Betul tak? Sekurang-kurangnya, Budiey masuk program ni pun bukannya apa, sekurang-kurangnya ini cara terbaik untuk Budiey menimba pengalaman dari peserta lain selain berkongsi rahsia dan idea Budiey kepada yang lain. Haa… sharing is caring. Tak gitu?

Okay, Budiey nak terangkan sikit kat sini syarat atau kelayakan untuk menyertai GIGIH ni. Anda hendaklah warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang sedang menjalankan perniagaan dengan pendapatan bulanan melebihi RM1,000 sebulan.

Penyertaan anda itu perlu menepati tiga kriteria utama untuk layak dijadikan modal menambah pendapatan:

  1. Ia boleh direplikasi. Maksudnya, kisah kejayaan atau idea perniagaan yang diberi itu harus boleh diguna pakai oleh orang lain untuk berjaya seperti anda. Contohnya, jika aktiviti anda bergantung pada bakat semata-mata, ia susah untuk dicontohi oleh orang ramai.
  2. Ia boleh dibesarkan dan dikembangkan. Contohnya, perniagaan anda itu boleh diperluaskan lagi mengikut kapasiti atau modal pengusaha dan juga menurut kehendak pasaran.
  3. Ia tahan lama. Ya, rahsia dan tips kejayaan anda tadi boleh diamalkan oleh usahawan lain dan ianya berpanjangan sampai bila-bila dan tidak bergantung pada musim-musim tertentu sahaja.

Jika anda rasa anda layak, apa yang anda harus buat ialah mendapatkan borang dan juga info lanjut dengan melayari laman sesawang www.gigih.my sebelum 30 April ini.

Jika sekiranya Budiey berjaya mendapat dana dalam program GIGIH ni, Budiey akan mengembangkan lagi syarikat dengan menubuhkan satu team produksi di mana Budiey akan menerbitkan satu program TV secara online. Ini kerana, semua usaha ini memerlukan wang yang cukup untuk membiayai peralatan dan membayar gaji krew.

Dengan ada GIGIH ni, insyaallah, blog Budiey akan dikembangkan lagi dengan menerbitkan video-video temuramah bersama artis dan selebriti secara teratur dan lebih menarik.

Jadi, untuk anda yang di luar sana, jika anda ada kisah, rahsia, tips, dan apa sahaja cara untuk menjadikan kita sebagai usahawan berjaya, jom kongsikan segalanya untuk dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia.

Jom ikut Budiey, sama-sama sertai Program GIGIH dengan hanya melayari: www.gigih.my. Isi borang dan kongsikan! Insyaallah kita semua berjaya.

Kat bawah ni, ada beberapa gambar sekitar Pelancaran Program G1GIH yang telah berlangsung di Kuala Terengganu:

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Gigih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Kini Dilantik Duta Fruitale FairWhite UV

Dapatkan Informasi Terkini Pilihanraya Umum PRU13