in , ,

Jom OOTD Hari Raya Di 10 Lokasi Ini Di Selangor Yang Wajib Korang Singgah

Rakamkan Gambar Anda di Tempat “Instagram-worthy” dengan Latar yang Menarik di Sekitar Negeri Selangor!

Anda tidak akan kecewa dengan apa yang Negeri Selangor tawarkan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri anda, sama ada anda seorang jurugambar yang mencari kawasan penggambaran kreatif atau hanya mahukan gambar menarik untuk menyemarakkan lagi ruangan media sosial Instagram anda. 

Banyak tempat untuk ber-OOTD di Negeri Selangor yang pastinya “Instagram-worthy untuk Raya anda. “Outfit Of The Day”, atau OOTD, kini menjadi aktiviti yang mesti dilakukan oleh semua orang yang bercuti, tidak kira peringkat umur. 

2Ef14C75-2Fd5-4Ba1-A531-Bb56A5Ceaee1

Negeri Selangor merupakan sebuah destinasi pelancongan dengan pelbagai lokasi menarik dari kawasan pantai, landskap bandar, elemen kehijauan, dan banyak lagi latar yang menakjubkan tersedia untuk anda mulakan sesi fotografi dengan memeragakan busana hari raya. 

Mari kita lihat 10 lokasi yang disenaraikan, mana tahu, ada yang sesuai dengan tema baju raya anda tahun ini!

Laman Seni 7

Laman Seni 7 menampilkan karya seni jalanan yang menarik. Tapak Laman Seni 7 bukan sahaja sesuai untuk merakamkan foto, tetapi ia juga merupakan tempat yang bagus untuk mengagumi kemahiran pelukis jalanan. Sudut struktur yang pelbagai, dengan lokasi yang berhampiran dengan i-City Shah Alam, Laman Seni 7 dipenuhi dengan lukisan pelbagai bentuk yang menarik. Empat mural berasingan, termasuk lukisan 3D, pemasangan 3D, perabot jalanan dan lukisan sisi, dilukis pada setiap struktur dinding di sini. Tapak Seni 7 dibuka setiap hari dan kemasukan adalah percuma.

Alamat : Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Elmina Valley Park

Elmina Valley Park

Elmina Valley Park, destinasi “Instagramable” popular di Shah Alam, terletak di perbandaran baharu, Elmina City. Penduduk tempatan menyukai taman yang cantik ini, yang mempunyai beberapa tarikan yang sesuai untuk mengambil gamabr seperti laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina. Taman ini menawarkan pelbagai aktiviti, termasuk berjoging dan berbasikal, sesuai untuk lawatan anda seisi keluarga.

Alamat : Elmina Valley 3, 176, Jln Metafasa U16/3, Shah Alam, Selangor.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah antara masjid yang tersergam indah di Negeri Selangor. Dikenali juga dengan “Masjid Biru, seni binanya yang megah mengangkat tema Melayu moden. Sudah tentu masjid ini agak besar, kerana ia boleh memuatkan sehingga 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Bukan hanya luaran, hiasan dalaman dan seni binanya juga menarik, dan seni kaligrafi pada dinding kubah dan gerbang di sini juga sangat menakjubkan. Setiap sudut bangunan mempunyai tujuan tertentu untuk keselesaan para jemaah dan pengunjung.

Alamat : Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40 000 Shah Alam, Selangor.

Padihijau Homestay

Padihijau Homestay

Padihijau Homestay merupakan rumah penginapan kampung tradisional yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Rumah inap yang berwarna cerah ini dikelilingi oleh sawah padi. Kawasan ini mempunyai konsep yang indah, dan persekitarannya adalah santai dan mendamaikan, jauh dari kesibukan kota. Sesiapa yang menggemari aktiviti OOTD boleh menginap di sini sambil menikmati keindahan sebuah komuniti. Rakamkan imej penuh bergaya dengan baju raya anda. Satu tips; busana ala kampung  pasti memberikan estetika yang anggun dan sesuai dengan suasana kawasan sawah padi!

Alamat : Parit 7 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Lovers Bridge Tanjung Sepat

Lover’s Bridge, Tanjung Sepat

Perjalanan ke Tanjung Sepat, walaupun berada di luar laluan biasa, umpama membawa anda kembali ke masa-masa lalu yang menyenangkan. Lover’s Bridge boleh dikatakan sebagai ikon yang paling dikenali di kampung nelayan yang berkembang maju ini. Jambatan ini pernah menjadi tempat pertemuan di waktu malam yang romantik untuk para pasangan, maka, namanya diperolehi daripada itu. Ia kini menjadi destinasi pelancongan yang popular bagi mereka yang mencari kawasan bagi menyaksikan fenomena matahari terbenam yang indah dan berehat seketika dari kesibukan bandar.

Alamat : 21, Jalan Senangin 1, Taman Tanjung, Tanjong Sepat, Selangor.

Tamarine Square

Tamarind Square, Cyberjaya pula mengangkat tema “kedamaian dalam bandar”. Pencinta alam semulajadi akan menikmati aktiviti OOTD di sini kerana keindahan flora dengan sktruktur bangunan  yang cantik dan berciri tersendiri. Ia adalah luar biasa untuk menemui lokasi dengan struktur bangunan yang unik dan moden, namun masih dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur. Anda juga boleh menjamu selera dalam suasana yang tenang di salah sebuah kafe selepas ber-OOTD di sini!

Alamat : Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Spacerubix

Spacerubix

Jangan lepaskan peluang untuk ber-OOTD di Spacerubix! Hanya ada di Puchong, anda boleh mengambil foto dengan latar belakang bangunan berkonsep rubix yang terang. Rakam imej anda dengan cara yang unik di sini, ia boleh jadi tempat yang cantik untuk OOTD Raya yang anda boleh kongsikan di laman Instagram anda!

Alamat : Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor.

Kampung Pelangi

Kampung Pelangi

Kampung Pelangi yang terletak di Daerah Kuala Selangor ini mempunyai persekitaran yang menenangkan seperti namanya. Hampir keseluruhan kawasan, termasuk rumah dan jalan, dicat dengan warna terang. Datanglah ke sini untuk bergambar jika anda mahukan sesuatu yang unik. 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di chalet yang terdapat di sini, yang setiap satunya dibina dengan reka bentuk tersendiri. Tarikan lain yang terdapat di sini termasuk zoo kecil yang menempatkan pelbagai spesis haiwan yang luar biasa, serta aktiviti memancing dan memanah.

Alamat : Kuala Selangor Rainbow Village Lot 4021, Jalan Rizab Zazuli, Kg. Bukit Hijau, 45800 Jeram, Selangor.

Bonda Valley

Bonda Valley

Tidak perlu melancong jauh hingga ke Bali, pemandangan seperti ini boleh didapati di Negeri Selangor! Selepas seharian menyambut Hari Raya, anda boleh berehat dari segi emosi dan fizikal dengan menginap di sini. Lokasinya menakjubkan, besar, dan bersih. Bonda Valley juga merupakan sebuah lokasi yang sesuai untuk ber-OOTD. Selain keindahan semula jadi di kawasan ini, arca dan seni binanya juga menawan. Ambillah seberapa banyak gambar yang anda mahukan di sini!

Alamat :  Lot 2380, Jalan Lama, 44300 Hulu Selangor, Selangor.

Istana Bandar Jugra

Istana Bandar Jugra

Anda boleh melawat ke Pekan Jugra yang terletak di Daerah Kuala Langat dan ber- OOTD di Istana Bandar. Semasa merakam foto di sini, anda juga boleh mempelajari tentang  kisah silam Pekan Jugra yang menarik. Malah, tiada bayaran masuk ke tempat ini. Tapak-tapak bersejarah lain di kawasan ini termasuk Masjid Alaeddin, Musium Insitu Jugra, dan lain-lain lagi.

Alamat : Jalan Istana Lama, 42700 Jugra, Banting, Selangor.

Bawa keluarga anda semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri ke mana-mana di antara 10 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi merakamankan gambar kenang-kenangan dalam penuh kegembiraan. Jika anda muat-naik seleksi gambar tersebut ke laman media sosial, jangan lupa sertakan tanda-pagar #PusingSelangorDulu bersempena musim lebaran ini, 

Di kesempatan ini, seluruh warga-kerja Tourism Selangor mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Bergembiralah bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dalam penuh kesyukuran. Namun, adalah diingatkan, jangan lupa untuk mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan Bersama.

Layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk sebarang informasi lanjut mengenai sektor pelancongan Negeri Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali | 16

Rakyat Kini Tertumpu Di Sunway Pyramid Untuk Bertemu Dengan Ejen Ali

Maxis Trending | 17

Ramai Yang Marah JAKIM Sebab Raya Awal, Ini Penjelasan Padu PU Rahmat