in , ,

Jom Deko Sendiri Kediaman Anda Dalam ILHAM KASI CANTIK

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dapat berehat di sebuah kediaman yang mampu memberikan rasa tenang dan segar. Semuanya umpama menghilangkan penat dan lelah setelah masing-masing pulang dari bekerja.

Begitu juga kepada pekerja di luar sana yang menjalankan kerja dari rumah dalam berdepan situasi pandemik Covid-19 yang menggalakkan orang ramai meluangkan masa di rumah bagi membanteras penyebaran virus merbahaya ini. Kini sesiapa pun mampu mengubah kediaman sendiri bertepatan dengan citarasa dan kehendak masing-masing. Tanpa perlu mengeluarkan modal besar untuk mengupah seorang juruhias dalaman berkemahiran, program majalah terbaharu diberi tajuk “Ilham Kasi Cantik” menerusi saluran TV Okey Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 26 November ini, setiap Khamis, pukul 8.30 malam ini ada perkongsiannya. 

Hakikatnya tiada pendidikan formal diperlukan dalam hiasan dalaman. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai pendidikan, itu akan menjadi titik tambah untuk anda. Hiasan dalaman berkaitan dengan bahagian dalam rumah dan pejabat dan terutamanya terhad kepada hiasan permukaan. Penghiasan dalaman terutamanya dilakukan untuk membuat bahagian dalaman estetika lebih menarik dan menarik.

hos...Aina Kamalia

Jadi, jika anda mempunyai mata yang baik dan tahu bagaimana untuk menggunakannya untuk menjadikan tempat yang menarik, maka anda boleh menjadi penghias dalaman yang berjaya. Program seteangah jam ini menampilkan idea-idea menarik untuk menghias kediaman dan ruang bekerja anda.

13 konsep diketengahkan termasuklah kediaman dengan konsep minimalis, urban kontemporari, eligent, industrial, scandinarian, moden & klasik, inspirasi hijau, kondominium, dalam taman, dan konsep pastel & klasik kontemporari.

Istimewanya ada episod yang berkongsi tip pencahayaan kediaman. Pastinya setiap ruang kediaman memerlukan teknik pencahayaan yang mempengaruhi perbezaan mood dan suasana. Program ini mengajak penonton untuk mengenal pasti pemilihan lampu dan fungsi jenis-jenis lampu yang boleh digabung dan boleh digunakan secara lebih efektif mengikut keperluan di setiap ruang.

Bersama-sama hos Ainaa Kamalia Jamaluddin, ketahui dengan lebih banyak lagi info berkaitan hiasan dalaman kediaman anda di TV Okey. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hos Bollywood Pertama Airbnb, Gauri & Shah Rukh Khan Lancar HOME WITH OPEN ARMS

Sebar Berita Palsu Hingga Mencalar Reputasi, Eizlan Yusof Mahu Saman Hans Isaac