in

Joel Sih Jejaka Sempurna The Perfect Gentleman Ntv7

Joel Sih Jejaka Sempurna: The Perfect Gentleman

Pemenang Grand Finale The Perfect Gentleman yang bersiaran berlangsung 8 Oktober lalu, di Sri Pentas 2, Alam Sentral telah pun terjawab. Walaupun mendapat komen buruk oleh para panel juri pada awalnya, Joel Sih, jejaka 31 tahun dari Klang itu tetap mampu tersenyum dan memberikan yang terbaik sehingga ke penghujungnya dan berjaya dinobatkan sebagai pemenang rancangan realiti ntv7 “The Perfect Gentleman” ,

“Sebelum The Perfect Gentleman, saya pernah juga menyertai beberapa pertandingan sebegini namun tiada yang dapat dibandingkan dengan pengalaman yang saya perolehi daripada rancangan ini. Saya ingin berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan serta ntv7 yang menyediakan ruang untuk mempamerkan bakat yang kami ada,” kata Joel.

Judges (L-R) Jane Wong, Jiang Pei Pei, Mark Lee, Gillian Hung, Debbie Goh

Joel bukan sahaja mampu tersenyum gembira malah membawa pulang hadiah utama yang bernilai sehingga RM80,000 setelah berjaya menewaskan lima lagi pesaingnya termasuklah John Lee dan Jake You yang hanya menduduki tempat kedua dan ketiga. Kedua-dua mereka juga membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 dan RM 30,000 setiap seorang.

Manakala anugerah Peserta Paling Popular dimenangi Kong Jie dan Peserta Paling Fotogenik pula dimenangi oleh John. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM 2,000 untuk kategori masing-masing. Anugerah Peserta Paling Popular ditentukan oleh undian SMS daripada penonton di rumah sebelum acara malam itu. Dua peserta daripada enam finalis yang tersingkir pada pusingan Top 4 adalah William Joey Lewis dan Wilson Choo.

Acara pertandingan itu dimulakan dengan persembahan hebat enam finalis rancangan itu dengan aksi silap mata mereka. Mereka perlu menarik perhatian juri profesional dari awal lagi. Mereka ialah – Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards 2010), Mark Lee (Pelakon dan pengacara terkenal Singapura), Jiang Pei Pei (Pengacara dan pelakon wanita terkenal), Gillian Hung (Presiden Pertubuhan Rasmi Pereka Malaysia), dan Jane Wong (Editor majalah).

Rasa resah jelas terpancar dari enam finalis pada pusingan awal namun mereka tetap menunjukkan keyakinan diri masing-masing ketika diberi masa 30 saat dalam menjawab soalan yang diajukan mengenai kehidupan, hubungan dan tentang kerjaya mereka. Pada pusingan ketiga, penonton berpeluang melihat kelebihan yang ada pada diri mereka masing-masing melaui persembahan bakat. Peserta finalis juga diberi cabaran mengacara bersama pengacara pada malam itu, Hoong JiaHui.

Kong Jie seorang pemain bola keranjang peringkat negeri, adalah peserta pertama mempamerkan bakatnya dengan kombinasi rutin tarian dan aksi bola keranjang. Wilson dan William pula memilih untuk menyanyikan lagu cinta. Sebuah lagi kejutan apabila Joel dan John menunjukkan aksi yang berbeza dan lebih ekstrem. Joel mempamerkan seni mempertahankan diri ternyata tampil lebih maskulin begitu juga John yang bermain aksi api. Namun jejaka yang merupakan jurutera minyak & gas yang berjaya mencuri tumpuan ramai dengan persembahan hip hop-nya.

Top 6 with host, Hoong JiaHui

Pada pusingan Top 4, sekali lagi mereka diuji dalam kebijaksanaan menjawab soalan. Dengan bersahaja dan lebih yakin, Joel Sih berjaya memberi jawapan yang mendapat pujian panel juri. “Saya amat berbangga dengan persembahan Joel hari ini kerana dia telah memberikan 100% usahanya,” kata juri, Jiang Pei Pei.

“Kami sangat berterima kasih kepada para penaja, rakan-rakan, dan pihak media di atas segala sokongan mereka dalam rancangan The Perfect Gentleman. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Joel diatas kemenangannnya dan pasti Malaysia akan lebih melihatnya selepas ini,” kata Lai Cheah Yee, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7.

Penyanyi pujaan yang juga pelakon wanita dari Hong Kong, Stephy Tang membuat persembahan istimewa dengan dua lagu hits dari albumnya. Stephy merupakan bekas penyanyi utama kumpulan pop, Cookies. Kumpulan penyanyi hip hop tempatan, dayDream turut membuat penampilan mereka sebelum keputusan diumumkan.

Catwalk by Top 16

The Perfect Gentleman 2011 ternyata pertandingan hebat yang menggabungkan cabaran personaliti, bakat, dan gaya sebagai jejaka sempurna Pencariannya di seluruh negara kini berakhir setelah beberapa siri ujibakat diadakan oleh ntv7 dalam memberi ruang kepada peserta mempamerka keistimewaan mereka dalam mencari kualiti jejaka sempurna di sekitar Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuching.

Di dalam kesemua 12 episod, pertandingan ini telah pun menyingkirkan beberapa peserta di mana pada awalnya seramai 30 peserta terpilih ketika sesi uji bakat. Namun hanya 16 peserta sahaja mara ke pusingan akhir di mana mereka telah diberi tunjuk ajar dari juru gaya terkenal, pereka pakaian, selebriti dan pelbagai lagi bimbingan. Mereka juga diberi pelbagai cabaran setiap minggu dimana hanya enam finalis telah terpilih. The Perfect Gentleman sebelum ini disiarkan setiap hari Ahad jam 6.00 petang sejak 17 Julai 2011 yang lalu.

Gambar pasca-acara turut dimuat naik di dalam galeri Facebook ntv7 dan kepada mereka yang terlepas siaran langsungnya boleh melayari www.tonton.com.my.

Senarai Pemenang:

Juara The Perfect Gentleman: Joel Sih
Naib Juara: John Lee
Tempat ketiga: Jake You
Anugerah Paling Popular: Chong Kong Jie
Anugerah Paling Fotogenik: John Lee

Joel co-hosting with The Perfect Gentleman host, Hoong JiaHui

Fire act performance by John Lee

Joel dressed in full martial arts attire - performed some kung-fu steps-1

Over the top, hip hop performance by Jake You

Joel in catwalk presentation

Top 6 Catwalk

dayDream

Gillian Hung posing with winner for Most Photogenic Award, John Lee

Stephy Tang

Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman).

Winners (L-R) John Lee (1st runner-up & winner of  Most Photogenic Award), Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman), Jake You (2nd runner-up), Chong Kong Jie (winner

Joel Sih (winner of The Perfect Gentleman)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Seksi Amanda Imani

KLCC Seni Festival 2011