in ,

Joe Flizzow & SonaOne Bergabung Lagi Dalam Lagu EVO

Umum mengetahui keserasian diantara Joe Flizzow dan Sonaone didalam lagu mereka sebelum ini. Terbaru, mereka berdua kembali bergandingan menerusi lagu tema bagi filem terbaru iaitu Polis EVO berjudul “EVO”. Menarik mengenai lagu ini ianya memaparkan lirik yang sangat bersahaja serta mampu menarik perhatian para golongan muda.

Bukan itu saja, muzik video yang berdurasi selama 4:36 saat turut telah dihiasi dengan grafik yang hebat serta bertenaga. Malah, setiap ayat dan perkataan di dalam liriknya turut dipaparkan semata-mata untuk memberikan penonton penghayatan yang tersendiri sekaligus boleh menyanyi bersama.

Beberapa perkataan di dalam lagu ini menjuruskan kepada filem hebat Fast dan Furious mungkin kerana persamaan aksi kenderaan bermotor. Mendapat sentuhan berbisa Audi Mok yang bergenre “Up Beat”, lagu ini mampu memberi kesegaran yang jelas dan ianya adalah mengenai cabaran sebagai anggota polis yang menghadapi pelbagai cabaran demi menjaga keselamatan negara.

Muzik video yang mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan ini turut telah mempunyai lebih dari 57 ribu tontonan walaupun hanya lebih kurang dua minggu saja dimuat naik. Jadi kepada peminat setia kedua dua penyanyi rappers ini jom saksikan muzik video terbaru EVO.

Joe Flizzow & SonaOne Bergabung Lagi Dalam Lagu EVO

Sumber: www.era.fm

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Lantik David Foster Jadi Duta Global Terbaru

Kina Grannis Elements Tour Live in Malaysia