in ,

Joe Fizzow Lancar Video Muzik Apa Khabar

Artis Sony-Kartel Records, Joe Flizzow telah melancarkan video muzik terbarunya untuk single “Apa Khabar” yang turut menampilkan SonaOne, juga di bawah naungan yang sama.

Lagu “Apa Khabar” dikhabarkan menjadi jawapan bagi segala persoalan yang menyelubungi kumpulan artis tersebut yang dulu, Too Phat. Beliau membawa pendengar merentas masa ketika kumpulan tersebut baru saja mula menapak dan juga menceritakan tentang perjalanan seni Too Phat serta bagaimana mereka berjaya menjadikan rap sebagai kerjaya.

Joe Fizzow Lancar Video Muzik Apa Khabar

Muzik video “Apa Khabar” telah dicetuskan dan dilaksanakan melalui kerjasama penjenamaan strategik dengan Xpax dan diarahkan oleh pengarah berbakat, Kerol daripada PhuturePhlowFilms.

“Kami sangat senang untuk berkolaborasi dengan Joe Flizzow sekali lagi, kali ini sebagai penaja untuk muzik video beliau yang terbaru. Celcom sememangnya sentiasa menyokong artis tempatan sebagai cara untuk mendekati para pelanggannya melalui muzik dan juga hiburan. Kami baru saja bekerjasama dalam pembikinan lagu tema bagi kempen Football Mad Territory. Lagu tema tersebut yang dipanggil #gilabola menonjolkan video muzik penuh bertenaga dan keseronokan bertujuan membawa semangat samba kepada para pelanggan Celcom bagi meraikan temasya sukan terbesar pada tahun ini. Kami mengucapkan yang terbaik buat Joe untuk segala hasil kerja beliau dan kami berharap dapat bekerjasama dalam projek-projek akan datang,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran

Joe Fizzow Lancar Video Muzik Apa Khabar

Mengenai Joe Flizzow
Joe Flizzow telah membina reputasinya sebagai salah seorang bintang hip-hop Asia yang disegani. Semenjak pelancaran album Inggerisnya, President pada tahun 2009, beliau telah mengembangkan empayar perniagaannya yang kini merangkumi sebuah syarikat rakaman (Kartel Records), talent agency (Kartel Agency), DJ Collective (Kartel Hitmen), pengusaha pakaian streetwear online (streetsmartasia.com), majalah digital (gumballmag.com), kedai gunting rambut (Joe’s Barbershop) dan restoran (Joe’s Kitchen). Joe juga turut mengilhamkan dan bertindak selaku penerbit bersama Hip-Hoppin Asia di 8TV, sebuah rancangan pengembaraan yang mengikut penjelajahan Joe ke 7 buah negara Asia di mana beliau menemukan para penggiat hip-hop dalam perjuangan mereka memartabatkan muzik tersebut. Mula ditayangkan pada 11 Oktober 2012, rancangan ini telah berjaya memenangi anugerah Silver Plaque bagi kategori ‘Travel Series’ di Chicago International Film Festival Television Awards yang ke-49.

Mengenai Xpax
Xpax merupakan jenama utama prabayar Celcom Axiata Berhad, mewakili lebih separuh daripada 9.4 juta pelanggan prabayar Celcom. Xpax adalah sebuah jenama yang melambangkan setiap minit sekali penggunaan, ia menawarkan nilai terbaik pada kadar panggilan serendah 28 sen bagi setiap 10 minit. Xpax juga mengajak para pengguna untuk merasai pengalaman sekali dalam seumur hidup yang luar biasa dan menakjubkan kepada semua pelanggannya. Mempunyai 4G LTE Time. www.xpax.com.my

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zimi, Wan & Dynda Bergabung Dalam Numerus

Kumpulan Star Radio Anjur Kempen Championing Children