in ,

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46, Berjaya Kalahkan Donald Trump

Calon Demokrat, Joe Biden menang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 dengan memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump dari parti Republikan hanya meraih 214 undi elektoral.

Agensi berita asing melaporkan, kerusi terakhir dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Keputusan itu menyaksikan Biden menjadi calon Demokrat pertama dalam tempoh 24 tahun memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Joe Biden

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Sementara itu, BBC melaporkan, pasukan kempen Trump memberi bayangan bahawa calon mereka tiada perancangan untuk menyerah kalah.

Biden dilaporkan berkata, beliau “berbesar hati dan berasa rendah diri” kerana dipilih.

Keputusan ini juga menyaksikan Trump sebagai ‘presiden satu penggal’ pertama sejak 1990-an. – Agensi

America, I’m honored that you have chosen me to lead our great country.

The work ahead of us will be hard, but I promise you this: I will be a President for all Americans — whether you voted for me or not.

I will keep the faith that you have placed in me. pic.twitter.com/moA9qhmjn8

— Joe Biden (@JoeBiden) November 7, 2020
Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46, Berjaya Kalahkan Donald Trump
Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46, Berjaya Kalahkan Donald Trump

Biden Terima Ucapan Tahniah Daripada Beberapa Pemimpin Dunia

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pada  Sabtu mengucapkan tahniah kepada Joe Biden dan Kamala Harris atas kemenangan menguasai Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu.

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46, Berjaya Kalahkan Donald Trump

“Tahniah, @JoeBiden dan @KamalaHarris. Kita dua negara bersahabat, rakan kongsi dan sekutu rapat. Kita berkongsi hubungan yang unik di pentas dunia,” tulis Trudeau di Twitter.

“Saya amat berharap dapat bekerjasama dan membangunkannya bersama dengan anda berdua,” tambahnya.

Turut mengucapkan tahniah Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson.

“Tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat dan kepada Kamala Harris atas pencapaian bersejarahnya,” kata Johnson menerusi Twitter.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata “Rakyat Amerika sudah  memilih Presiden mereka. Tahniah @JoeBiden dan @KamalaHarris! Kita harus melakukan banyak perkara untuk mendepani cabaran hari ini. Mari bekerjasama!” tulis Macron di Twitter.

Screenshot 2020-11-08 at 7.18.57 AM

Canselor Jerman Angela Merkel juga merakamkan ucapan tahniah dan berharap dapat bekerjasama dengan Biden, 77.

“Warga Amerika sudah membuat pilihan mereka. Joe Biden akan menjadi presiden Amerika Syarikat ke-46,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah Harris pula sebagai naib presiden wanita pertama di negara ini.

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat ke-46

Biden menang di negeri penting, Pennsylvania dan dengan kemenangan itu membolehkannya mendahului dengan 270 undi elektoral yang diperlukan untuk menawan Rumah Putih, menurut Associated Press dan beberapa media utama lain.

Calon Demokrat itu kini mempunyai 290 undi, dan cemerlang di negeri seperti Georgia, Carolina Utara dan Alaska, menurut AP. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Marion Caunter Sambut Hari Jadi Ke-40, Netizen Puji Keremajaan Wajah Isteri SM Nasarudin

Ayda Jebat & Nabil Mahir Dedah Siapa Ngorat Siapa Dulu Semasa Perkenalan Lima Tahun Lepas