in ,

Tips Jimat Wang, Masa & Tenaga Dengan Menonton Wayang di GSC

Wow, tahniah buat filem OlaBola kerana telah berjaya meraih RM2.5juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Memang dah agak dah, filem ini pasti mendapat sambutan.

Budiey dah pun menonton filem ini dan ternyata Budiey kagum dengan keseluruhan filem dan mesej 1Malaysia yang ingin disampaikan dalam filem ini. Banyak juga babak-babak menarik yang masih melekat dalam fikiran Budiey.

Antaranya, babak semasa pemain bola sepak menaiki Nuri yang cukup klasik dan mereka begitu bersemangat menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita. Babak ini mengajar kita semua, kita pun boleh capai apa yang kita inginkan dalam hidup untuk berjaya. Memang berhantu betul lagu tu. Ditambah pula dengan scene hutan di Malaysia yang indah dan permai. Perghh!

Gsc

[dropcap]B[/dropcap]abak ini sangat bermakna dan cukup berkesan serta menyentuh perasaan penonton. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak di situ langit kita junjung. Sikit sebanyak, babak ini menjadikan kita lebih sayang kepada negara Malaysia yang kita cintai ini. Bagi Budiey filem OlaBola cukup patriotik.

Cakap pasal menonton wayang ni, baru-baru ini, ada pembaca bertanya kepada Budiey kat Twitter, pawagam mana yang menawarkan harga tiket wayang paling murah. Soalan macam ni memang biasalah ditanya oleh moviegoers yang ketagih menonton wayang setiap minggu. Tambahan pula, hidup di zaman kegawatan ni, kenalah pandai berjimat cermat, ye dok?

Gsc

Yelah, sekarang tak macam dulu lagi dah. Kalau dulu, harga tiket mana ada GST. Sekarang bila dah campur dengan GST… harga tiket wayang makin melambung. Tu yang Budiey nampak ramai sangat yang nak join Premiere With Budiey tu. Kekadang korang berebut sakan nak tengok wayang free, ni kan? Tapi sampai bila nak harapkan tiket percuma je. Sudah tentu ada ketika ada masa, kita kenalah beli tiket di kaunter. Baru ada ‘feel’ dan kepuasan!

Nak tak nak Budiey kena jawab juga soalan daripada pembaca ni. Alaa, sebenarnya kan, kat Malaysia ni pawagam kat Malaysia boleh bilang dengan jari. Tapi dalam banyak-banyak pawagam, Golden Screen Cinemas yang menawarkan harga tiket yang berpatutan. Harga tiket untuk filem blockbuster hanya serendah RM12.50 sahaja. Sangat berpatutan hokkay!

Sementara tu, untuk tiket wayang pada hari cuti awam dan hujung minggu pula serendah RM11.50. Tapi kalau korang nak harga tiket lebih murah kena datang GSC pada hari Rabu. Memang harganya sangat murah dari biasa iaitu dari RM7.50. Manakala untuk pelajar pula, GSC menawarkan harga berpatutan dan mampu beli iaitu dari RM7.50. Begitu juga dengan warga tua, harga tiket juga sama iaitu serendah RM7.50. Untuk kanak-kanak pula, harga tiket dari RM5.00. Boleh bawa anak-anak tengok filem kegemaran mereka di GSC sebab harga untuk kanak-kanak cukup berpatutan.

Kepada mereka yang gemar menggunakan kad kredit demi kemudahannya, disini Budiey nak kongsikan satu berita baik untuk semua. Untuk pemegang kad kredit Citibank Clear pula, GSC ada menawarkan Beli 1 Percuma 1 (potongan harga 50%) pada hari Jumaat. Sementara pada hujung minggu dan cuti umum pula, bagi pemegang kad kredit Citibank akan dapat potongan sehingga 43% dengan promosi Citibank Flat RM10.

Bagi pemegang Citibank Prestige Credit Card Beli 1 Percuma 1 Percuma untuk tiket Gold Class (bermakna potongan harga 50%) pada hujung minggu dan cuti umum. HSBC Smart Privileges pula menawarkan beli 1 percuma 1 (potongan harga 50%) pada hari Sabtu dan Ahad. Semua tawaran hebat ini tertakluk pada terma dan syarat.

Jadi kalau rasa dah macam lama tak jumpa dengan kawan-kawan, apa kata anda semua jemput kawan-kawan ataupun bff anda untuk menonton wayang di GSC seperti protagonist dalam video ini https://youtu.be/o08WoueXs_w

Lebih baik Budiey berterus terang kat sini, GSC sebenarnya dah buat yang terbaik untuk menarik minat peminat filem. Bukan hanya menyediakan dewan pawagam yang lebih selesa malah yang paling penting menawarkan pelbagai promosi. Tak dinafikan GSC adalah pilihan utama untuk mendapatkan pengalaman yang mengujakan selain harga tiket yang berpatutan.

Kalau nak jimat masa, Budiey nak sarankan kepada anda semua untuk membeli dengan menggunakan E-ticket dan E-Combo di mana anda tak perlu nak beratur panjang. Baik guna kemudahan terkini sebab kita juga dapat pilih tempat duduk yang mana kita suka.

Bukan itu sahaja, GSC juga menawarkan harga yang lebih murah untuk minuman dan popcorn iaitu Concessions Combos.

A) Combo 1 (1 Small popcorn + 1 Small soft drink)- RM7.10
B) Combo 2 (1 Regular popcorn + 1 Regular soft drink)- RM8.80
C) Combo 3 (1 Large popcorn + 2 Regular soft drink)- RM11.40
D) Combo 4 (1 Regular popcorn + 1 Mineral Water)- RM8.80
E) Combo 5 (1 Large popcorn + 2 Mineral Water)- RM11.40
F) Combo 6 (1 Large popcorn + 1 Regular soft drink + 1 Mineral Water)- RM11.40

*Untuk Semenanjung Malaysia sahaja

Rasanya, terjawablah segala persoalan mengapa Budiey kata GSC menjadi pawagam faveret Budiey untuk menonton filem. Apa yang penting juga, korang rasa lebih selesa semasa menonton filem tanpa gangguan emosi dan sebagainya.

Itu sahajalah tips untuk menjimatkan wang, masa dan tenaga semasa menonton wayang. Pilihan terbaik ialah menonton di GSC. Jadilah pengguna yang bijak. Pilih yang berbaloi dan terbaik, okay?

#ChooseValueatGSC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fitbit Unveils New Fashion-Forward Fitness Wristband, Fitbit Alta™

Drama INIKAH CINTA Lakonan Farah Nabilah & Niezam Zaidi