in , ,

Siti Khadijah Lancar Koleksi ‘Raya In Vougue’ Untuk Wanita & Lelaki

Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah) melancarkan koleksi raya yang diberi nama Raya in Vogue pada 15 Mac.

Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki. 

SITI KHADIJAH

Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.

SITI KHADIJAH

Koleksi Raya In Vogue ini menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita itu turut diperagakan dalam pertunjukan fesyen diadakan di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall.

SITI KHADIJAH

“Koleksi Raya In Vogue yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.

“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Hingga kini, kami mempunyai lebih 600 Srikandi berdaftar. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi laman sesawang www.sitikhadijah.com.

SITI KHADIJAH

“Jualan sudah dibuka mulai 15 Mac 2023. Jadi rancang pembelian anda dengan bijak, seperti yang dikatakan beli awal tak kalut. Kami tidak menggalakkan orang membeli minit akhir sebelum raya,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan. 

Siti Khadijah Lancar Koleksi 'Raya In Vougue' Untuk Wanita & Lelaki
INSTAGRAM TELEKUNG SITI KHADIJAH

Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.

“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.

SITI KHADIJAH

“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.

SITI KHADIJAH

“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Padzilah berkata pihaknya juga enggan statik dan mahu terus mengembangkan jenama ini ke persada antarabangsa. 

Hingga kini, jenama itu mempunyai 47 butik di seluruh Malaysia.

SITI KHADIJAH

“Kami ada juga dua butik di Indonesia. Seterusnya, paling terdekat kami bakal melebarkan sayap ke Singapura,” katanya.

Terdahulu, pada acara pertunjukan itu, Edika Yusof serta Arash Mohd turut mencuri tumpuan memperagakan koleksi lelaki Siti Khadijah. 

SITI KHADIJAH

Turut menghiburkan tetamu dan penonton di premis beli belah itu ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge. 

Malah Vanidah Imran, Kuza selain pempengaruh terkenal di platform digital serta media sosial turut diundang memeriahkan acara ini.

SITI KHADIJAH

Selain Padzilah, turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir.

Ditubuhkan pada 2009 dengan satu hasrat bercita-cita tinggi, jenama ini bertujuan memastikan wanita boleh memilih telekung yang lebih baik dan selesa menerusi inovasi serta menambah baik pengalaman pengguna semasa solat.

Jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.

Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji. Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ARIANI

Pertunjukan Fesyen Ariani Layar Raya 2023, Lisa Surihani Duta Terbaharu

SELHAC 2023 Lepasi Sasaran, Menarik Penyertaan Antarabangsa