Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Jemputan Clubhouse Dijual Pada Harga Melangkaui RM60 Di Shopee

Clubhouse merupakan salah satu lagi platform perkhidmatan sosial baru yang semakin hangat diperkatakan ramai. Ia eksklusif untuk pengguna iPhone buat masa ini, dan memfokuskan kepada perbualan audio sahaja. Jadi, anda boleh bercakap apa sahaja bersama rakan-rakan dengan berkongsikan pendapat dan juga buah fikiran.

Populariti Clubhouse ini semakin meningkat dari hari ke hari – dan penyertaan berasaskan kepada jemputan menjadikannya lebih eksklusif.

Perkara ini membuatkan ia eksklusif, dan ramai yang mencari jemputan untuk menyertai laman sosial berkenaan. Ia secara tidak langsung membawa kepada beberapa pihak yang mengambil peluang untuk menjual jemputan ke perkhidmatan sosial berkenaan.

Di laman Shopee, jemputan Clubhouse ini dijual pada harga mencapai RM61. Ia boleh dikatakan agak tinggi untuk sebuah jemputan laman sosial, tetapi ia dilihat masih mempunyai permintaannya tersendiri.

Bagi anda sendiri, adakah anda sudah berpeluang mencuba laman sosial terbaru ini? Adakah anda sanggup keluarkan wang sebanyak ini untuk mendapatkan jemputan perkhidmatan sosial?

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version