in , ,

Jelajah Negara Asia, Program Klik-Klik Siri 6 di TV1

Santai petang hujung minggu anda diwarnai dengan tayangan program pengembaraan jelajah negara Asia bertajuk “Klik-Klik siri 6” yang menampilkan Anding sebagai hos program. Pastinya program ini dapat memberikan tip dan panduan berguna kepada penonton yang sememangnya berhasrat untuk melancong ke negara-negara yang dikunjungi ini.

13 episod siri memaparkan lawatan dan pengembaraan pengacara ke tempat-tempat yang menarik di beberapa negara Asia ini bersiaran mulai 29 April ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 2.30 petang menerusi saluran TV1.

Lokasi pengembaraan pertama singgah ke kawasan menarik di Guilin, China yang disiarkan dalam lima episod berasingan. Pengembaraan dilakukan sekitar Bandaraya Guilin dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik antaranya menikmati makanan dan masakan halal di Guilin, menyusuri sungai Li dengan rakit, pertunjukan menangkap ikan dengan burung dandang, menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Yao dan lawatan ke ladang teh Gunung Yao. 

Kemudian mereka melawat ke gua kapur, ladang buah-buahan, mandi di kolam lumpur, berbasikal di sekitar bandar Yangshuo, berakit menyusuri sungai Yulong dan mendaki (rock climbing) bukit kapur.

Masih lagi Guilin, China, pengembaraan diteruskan sekitar bandar Longsheng dan bermalam di perkampungan Ping’an. Kemudian lawatan dibuat ke sawah bertingkat di tepi bukit dan Taman Negara Longsheng.

Seterusnya mereka berada di Hanoi, Vietnam dan tempat-tempat yang dilawati ialah Teluk Halong dan bermalam di rumah kapal, lawatan ke gua/pulau kapor, pasar malam Dong Song dan masjid untuk masyarakat Islam di Hanoi. Lawatan juga dibuat ke Kompleks Ho Chin Minh di Dataran Ba Dinh, muzium etnologi pelbagai kaum Vietnam, Pekan Sapa dan perkampungan kaum Hmong di Lao Cai dan Cat Cat.

Pengembaraan semakin menarik dan mencabar apabila sampai dan melawat sekitar Bandar Raya New Delhi dan kawasan Old Delhi. Tempat-tempat yang dilawati termasuk Masjid Jama’, Qutub Minar dan India Gate. Lawatan seterusnya ke bandar Srinagar dan Gulmarg di Kashmir. Turut dillawati ialah makam Sultan Ariffin, Masjid Jamek Srinagar, Taman Negara Dashigan, tapak pesta bunga tulip, kawasan peranginan ski di pergunungan Gulmarg, perkampungan Pahalgam, Tasik Dal dan ladang perusahaan safron.

Pengembaraan berikutnya adalah ke Bandar Jaipur, Rajashtan. Tempat-tempat yang yang dilawati termasuk Red Fort, Kompleks City Palace dan Istana Angin. Pengembaraan juga dilakukan ke Patehpur Sikri, Kota Agra dan Taj Mahal di Agra, Uttar Pradesh.

Sama-sama terokai keindahan negara Asia termasuklah China, Vietnam dan India dalam program ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

#SONGKRUN2017 Yang Ohsem!

Ada Sebab Dayang Nurfaizah Kata Album Terbaru Ini SEMPURNA