in ,

Jehan Miskin Terbit Drama Buta Warna

Telemovie Buta Warna
Buta Warna merupakan telemovie ‘komedi romantik’ yang akan ditayangkan di Astro RIA 104 pada 29hb July 2010. Ianya diterbitkan oleh Jehan Miskin dari Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Shiroku Production.

Telemovie ini merupakan langkah pertama bagi Jehan Miskin sebagai penerbit di mana beliau lebih dikenali sebagai pelakon sebelum ini.

WATAK UTAMA
AMRI lakonan AWIE WINGS
AMY ISABELLA lakonan ANNA LESOVAYA

SHILA lakonan JIHAN RAJA LAWAK & BLACK lakonan JEHAN MISKIN

Sinopsis Buta Warna
Buta Warna adalah cerita ‘komedi romantik’ antara Amri, seorang pemuda melayu yang buta warna dan Amy Isabella, seorang gadis mat salleh yang sedang merantau. Amri bekerja sebagai jaga di resort yang didiami Amy.

Walaupun Amri yang dimain oleh Awie Wings itu merupakan seorang yang berbadan sasa, di dalam dirinya dia sentiasa merasakan dirinya kecil. Amri sering dibuli oleh Black, seorang ‘beach boy’ yang dilakonkan Jehan Miskin.

Amri juga mempunyai seorang peminat fanatik Shila, watak yang mirip ‘Ugly Betty’ yang menjadi masam bila dapat tahu Amri dan Amy mula bercinta. Black dan Shila bersubahat dan berjaya untuk sabotaj mereka. Dengan pertolongan dari kucing ‘mistiknya’ Bulu, dapatkah Amri dapat mengatasi kelemahannya dan memenangi cinta Amy?

Tema cerita ini ialah cinta itu buta warna dan manusia boleh jatuh cinta tak kira bangsa. Amri yang ‘berwarna’ coklat jatuh cinta dengan Amy yang ‘berwarna’ putih. Amy juga ‘buta warna’ kerana dia pun jatuh cinta dengan lelaki melayu.

Buta Warna diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan dan ditulis oleh Amri Rohayat.

Lagu tema KAMU oleh NITRUS

MASTERMIND GROUP Sdn Bhd
Merupakan syarikat produksi Jehan Miskin yang ditubuhkan di Jun 2009 dengan niat menerbitkan drama dan filem berkualiti untuk pasaran tempatan. Antara projek yang sudah diterbitkan ialah Buta Warna untuk Astro RIA, Geli Hati untuk Astro Warna dan video pelancaran Kempen Kesedaran jalur Lebar Nasional untuk Kementrian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan.

SHIROKU PRODUCTION Sdn Bhd
Merupakan syarikat produksi yang sudah bergiat aktif untuk 11 tahun. Menerbit berpuluh-puluh TVC dan juga video korporat untuk klien-klien seperti DIGI, IKEA, Toshiba, Panasonic, DHL, 8TV, TV3, Disney dan lain-lain lagi. Merupakan rakan kongsi Mastermind Group dan mengendalikan pasca produksi untuk telemovie Buta Warna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bang Bang Boom Musim Baru Banyak Kejutan

Yalal Chin Meninggal Dunia