in , , ,

Jehan Miskin dan Nabila Huda Bercinta?

Cinta Jehan Miskin Terhadap Nabila Huda Dalam Drama Mutiara Di TV1

Benarkah kenyataan cinta pelakon Jehan Miskin terhadap Nabila Huda bertepuk sebelah tangan? Adakah Nabila Huda dalam diam sudah memiliki calon lain yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan hidup? Lalu bagaimanakah mereka dapat berdepan sesama sendiri apabila rasa cinta yang ada tidak kesampaian?

Mungkin realitinya tidak benar sama sekali. Namun babak-babak menarik ini dapat disaksikan peminat setia kedua-dua pelakon ini menerusi drama bertajuk Mutiara yang disiarkan mengisi slot Nurani pada 2 Disember 2011, jam 10.30 pagi di TV1 yang menyaksikan gandingan Nabila Huda dengan Jehan Miskin di samping Aman Shah, Zul Huzaimy dan Fiza Elite.

Jehan Miskin ... pegang watak Firman

Telefilem bergenre cinta ini berkisar tentang pergolakan jiwa seorang pemuda berjiwa rock bernama Firman yang tersedar bahawa muzik ghazal telah mengundang rasa cinta terhadap dirinya. Firman sudah tidak keruan bilamana dia tidak dapat menilai antara sukanya pada alunan muzik ghazal ataupun Mutiara yang menyanyikan lagu ghazal itu. Dari hari ke hari, Firman sudah mula jatuh hati pada Mutiara. Dia sering melihat dan mendengar Mutiara mengalunkan irama dan nyanyian ghazal di restoren milik Profesor Marzuki.

Dalam masa yang sama, Fina (penyanyi dalam kumpulan Firman) juga menaruh hati pada Firman. Dari hari ke hari disiplin Firman terhadap kumpulannya sudah semakin luntur dan sering datang lewat ketika latihan mahupun ketika persembahan membuatkan abang Li (ketua kumpulan) tidak senang dengan sikap Firman sehingga ke arah pertelingkahan.

Fina Cuba memujuk dengan menemani Firman ketika Firman kesedihan dan keseorangan. Suatu hari Firman dijemput Fina datang makan malam di rumahnya untuk memperkenalkan ayah Fina dan bakal isteri ayahnya yang sudah lama menduda.

Malam yang dinantikan tiba dengan Fina menanti Firman. Setibanya Firman, Fina terus memperkenalkan ayahnya, Profesor Marzuki dan bakal isteri ayahnya, Mutiara. Alangkah terkejutnya Firman ketika itu lalu menuduh bahawa Fina dan Mutiara cuba mempermainkannya. Fina pula cuba menafikannya. Kecewanya Firman bila mengetahui bahawa Mutiara adalah bakal isteri Profesor Marzuki.

Fina mengatakan yang dirinya tidak tahu menahu apa yang berlaku. Firman dengan rajuk hatinya membuat keputusan untuk membawa diri ke Jepun.

Di hari pernikahan Profesor Marzuki dan Mutiara, Firman datang untuk bertemu Mutiara dan Fina. Firman mengaku yang dirinya bersalah atas salah tafsir dengan apa yang dialami selama ini yang mana dirinya agak keliru antara minatnya dengan lagu Ghazal dengan jatuh hatinya pada Mutiara dan buta hatinya pada kasih sayang yang dicurahkan oleh Fina terhadap dirinya selama ini.

Mutiara dan Profesor Marzuki selamat diijabkabulkan. Fina dan Firman juga selamat diijabkabulkan. Namun pendarahan paru-paru yang dialami Firman akibat dari rokok yang melampau mengundang bencana. Adakah Firman berpeluang meneruskan hidup di samping Fina?

Fiza Elite dan Jehan Miskin

Jehan Miskin dan Nabila Huda

Nabil Huda dan Aman Shah

Nabila Huda ... penyanyi ghazal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Tayang Filem Sweet Home Alabama

Koleksi Video Trip Media Bersama Siti Nurhaliza Ke Korea