in

Jasa Guru Dihargai di Anugerah Guru Inspirasi

Sebagai penyuluh hidup anak bangsa, guru sememangnya memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan setiap pelajar. Mereka memberikan pembelajaran sepanjang hayat yang bukan sahaja membentuk peribadi mulia seseorang individu, malah ilmu yang diajar turut disampaikan dari satu generasi ke generasi lain. Sesungguhnya, menerusi impak yang cukup besar ini, McDonald’s buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Guru Inspirasi McDonad’s bagi menghargai sumbangan guru-guru di Malaysia.

Image 1 (Cikgu Muhammad Ashraf Ahmad - SMK Alang Iskandar)

McDonald’s menghargai jasa guru-guru di Malaysia menerusi Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Dianjurkan bersempena sambutan Hari Guru nasional, ‘Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s’ telah mengenal pasti enam orang guru yang telah menampilkan sikap prihatin dan memberi inspirasi yang tidak ternilai yang telah dicalonkan oleh pelajar-pelajar mereka. Secara keseluruhan, guru-guru yang terpilih ini menerima sijil hadiah dan wang tunai bernilai lebih RM30,000. Anugerah ini telah menerima hampir 1,000 penyertaan di mana peserta dikehendaki menceritakan kisah inspirasi tentang guru yang telah banyak membantu dalam membentuk kehidupan mereka. Keenam-enam guru ini mempunyai kisah inspirasi paling menyentuh hati sekaligus melayakkan mereka memenangi anugerah ini.

Pemenang anugerah, Cikgu Azman Abdul Manaf dari SK Pos Musuh LZ, Tapah, Perak; Cikgu Muhammad Ashraf Ahmad dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak; Cikgu Fong Wai Kit dari SJK(C) Kuen Cheng, Kuala Lumpur; Cikgu Mohd Azri Elias dari SMK Jelutong, Pulau Pinang; Cikgu Melvin Yeoh Chian Yik dari SMK Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor dan Cikgu Jayanthi Rani A/P Muniandy dari SK Taman Muhibbah, Kulai, Johor telah menerima kejutan istimewa semasa pengumuman anugerah ini semasa majlis sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah mereka.

McDonald’s turut menyampaikan Anugerah Guru Istimewa kepada Cikgu Suraya Abdul Rahim dari SMK Seri Kota Puteri, Pasir Gudang, Johor sebagai tanda penghargaan akan sumbangan beliau dalam membantu seorang remaja perempuan yang tinggal di pusat snooker. Cikgu Suraya telah mengambil pelajar tersebut sebagai anak angkat dan memberi tunjuk ajar di sekolah dan di luar sekolah bagi memastikan pelajarnya menamatkan peperiksaan akhir demi masa depan yang lebih baik. Kisah inspirasi beliau telah menjadi tular baru-baru ini apabila anak murid beliau memperoleh 6A di peperiksaan SPM.

“Sebagai restoran keluarga yang ingin membantu mewujudkan masa hadapan di mana anak-anak kita boleh berjaya dan berkembang, McDonald’s Malaysia mengiktiraf dan menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik dalam membimbing generasi muda. Guru merupakan sumber inspirasi sepanjang zaman dan tanpa mereka, siapalah kita pada hari ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan / Rakan Operasi McDonald’s Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Guru tahun ini, McDonald’s turut menganjurkan beberapa siri seminar motivasi bertajuk ‘Guru Pembina Generasi Terbilang’ yang disampaikan oleh pakar motivasi popular Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Memasuki tahun kedua penganjurannya, seminar ini telah diadakan di Kota Bharu, Kuala Lumpur, Klang dan tidak lama lagi Pulau Pinang, Melaka dan Johor akan turut serta.

Pelbagai program yang dianjurkan oleh McDonald’s adalah seiring dengan hasrat Anjakan 9 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 yang bermatlamat untuk menjalin lebih banyak kerjasama melibatkan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta. Kerjasama sebegini sememangnya mampu memberi akses sama rata yang berterusan kepada rakyat Malaysia kearah pendidikan berkualiti yang mampu mewujudkan perpaduan dan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Selain itu, McDonald’s juga akan menjalankan sambutan Hari Guru di 261 restorannya seluruh negara di mana sambutan tersebut bakal disertai oleh para guru dari sekolah-sekolah berhampiran..

###

Latar belakang McDonald’s
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan lebih 35,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s menerima lebih daripada 13.5 juta pelanggan sebulan di 261 cawangan di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih daripada 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan karier. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Seronok Ditonton dalam ​NETFLIX

Drama Bersiri NAZAR CINTA RAMADAN Lakonan Raja Afiq & Niena Baharun