in ,

Jangan Degil Sangat, Duduklah di Rumah, Kes Baharu COVID-19 Cecah 6,075 Hari Ini!

KALAU masih lagi ketegar tak mahu duduk rumah tak tahu lah nak kata apa lagi. Degil sangat ni korang! Keadaan makin teruk dan dijangka kita akan mencecah 10,000 dalam masa terdekat ini.

Sebanyak 6,075 kes Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan ia kes tertinggi sejak pandemik ini bermula tahun lalu. Ia mencatat rekod apabila buat kali pertama melebih angka 6,000 kes.

Jumlah 6,075 penularan yang dilaporkan setakat tengah hari itu tadi menyaksikan Selangor mencatatkan lebih 2,000 kes.

Negeri itu yang tertinggi mencatatkan penularan COVID-19 melaporkan 2,251 kes baharu.

Ini diikuti Johor dan Kuala Lumpur yang masing-masing mencatatkan 699 kes dan 660 kes.

Semua negeri mencatatkan peningkatan hari ini dengan Kedah mencatatkan angka yang tinggi dengan 445 manakala Kelantan, 441 kes.

Daripada statistik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi media sosialnya, hanya Perlis dan Putrajaya melaporkan satu angka kes baharu iaitu masing-masing enam kes dan sembilan kes.

Berikut jumlah kes baharu mengikut negeri:

Selangor : 2,251 kes

Sabah : 160 kes

Johor : 699 kes

WP KL : 660 kes

Sarawak : 323 kes

Pulau Pinang : 183 kes

Negeri Sembilan : 189 kes

Kelantan : 441 kes

Perak : 220 kes

Kedah : 445 kes

Melaka : 122 kes

Pahang : 150 kes

Terengganu : 203 kes

WP Labuan : 14 kes

WP Putrajaya : 9 kes

Perlis : 6 kes

Pada hujung Januari lalu, Malaysia pernah mencatatkan kes baharu COVID-19 melebihi 5,000 buat tiga hari berturut-turut.

Paling tinggi pernah dilaporkan adalah pada 30 Januari lalu dengan 5,728 kes baharu manakala pada 29 Januari, 5,725 kes.

Dalam kenyataan kemudian, KKM mengesahkan bahawa, situasi tersebut disebabkan oleh pelaporan lewat kes-kes ke CPRC Kebangsaan KKM termasuk kes-kes yang dikesan positif pada tahun 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Ali | 23

Ben Ali & Nadiyah Shahab Sumbang RM40,000 Bantu Rakyat Palestin

Dolla | 24

Dolla Tunjuk Bakat Sebagai Pelakon, Bakal Muncul Dalam Telefilem DOLLA WATCH ME GLOW