in , ,

“Jangan Balik Kampung, Kekal di Kawasan Masing-Masing,” – Petugas COVID-19 Selangor

“Jangan balik kampung, kekal di kawasan masing-masing.”

– Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

Ini pesan ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman kepada rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac.

“Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.

“Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan,”

– Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman

Itulah kata-kata dalam program Consider This di Astro AWANI 501 malam tadi.

Dr Adeeba memberi respon kepada kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang mempertimbangkan untuk pulang ke kampung kerana kerisauan akibat penularan COVID-19.

Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

COVID 19: Malaysia Umum Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Ariana Grande Geram Masyarakat Dunia Tak Ambil Serius Isu Covid-19