in ,

Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz

[dropcap]P[/dropcap]residen Seniman, Zed Zaidi akhirnya menyuarakan pendapat mengenai kemelut yang melanda Afiq Muiz dan keluarganya. Menerusi kenyataan dalam Sinar Harian, Zed Zaidi berpesan kepada Afiq agar menilai semula tindakannya sebelum ini.

“Afiq kena sedar, biarpun ini melibatkan hal keluarga, sebenarnya secara tidak langsung ia melibatkan imej artis juga. Cukup-cukuplah aibkan keluarga, buka pekung keluarga kerana keluarga ini sebenarnya adalah maruah kita. Seburuk-buruk mana pun ibu kita, kita perlu pertahankan dia dan Afiq sebagai seorang anak sebenarnya patut berjumpa ibunya ketika pertama kali artikel mengenai dirinya dikeluarkan. Bukannya membuat sidang media dan ‘menyerang’ ibunya semula. Satu saja pesan saya, wanita yang bergelar ibu, hanya ada satu, tiada galang ganti. Tetapi perempuan, ramai di luar sana, hilang satu, pasti ada gantinya.”

Zed Zaidi turut menasihati Eina Azman agar mengunci mulut dalam kemelut ini. – Sinar Harian

Afiq Muiz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz

Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2