in ,

Jamal Abdillah Lahirkan Album Baru Tak Hilang Cinta

ALBUM TAK HILANG CINTA MANTAP DENGAN KELAINAN

Jamal Abdillah merupakan Raja Pop muzik Malaysia yang paling unggul dewasa ini. Bermula daripada menjuarai Bintang RTM 1979 (satu-satunya pertandingan nyanyian di Malaysia yang mengutamakan aspek bakat semata-mata hasil penjurian mereka yang bertauliah dan arif mengenai muzik), Jamal terus menorak langkah di bawah bimbingan komposer tersohor, Ahmad Nawab (kini bergelar Dato’ Dr.) yang pernah menggilap nama-nama besar seperti Uji Rashid, Hail Amir, Sarena Hashim, Sharifah Aini dan rakan-rakan selabel Jamal seperti Khadijah Ibrahim dan Azlina Aziz.

Hasilnya, lahirlah album debut yang mendapat sambutan hangat sepanjang 1980, Perpishan Tanpa Relamu, terbitan WEA Records (kini dikenali sebagai Warner Music Malaysia). Sepanjang kariernya, Jamal tidak pernah sunyi daripada menghasilkan satu demi satu hit. Album-albumnya yang menyusul kemudian seperti Derita Cinta, Hatiku Luka Kembali, Layang-Layang, Sendiri, Mati Hidup Semula, Untukmu, Sepi Seorang Perindu, Seniman Menangis, Jamal (album terlaris Jamal yang mencatat jualan hampir 300,000 unit), Penghujung Rindu, Samrah dan Aku Penghiburmu mendapat sambutan luar jangkaan daripada penggemar muzik tanahair, dan sering mencapai taraf Gold, Platinum dan Double Platinum! Secara keseluruhan, jualan album Jamal sepanjang menjadi bintang naungan Warner Music telah mencatat sebanyak hampir 1.2 juta unit!!!

Tatkala pada masa-masa tertentu jualan album di pasaran lembab akibat kemerosotan ekonomi (pada tahun-tahun 1985 dan 1997), album-album Jamal tetap laris mengalahkan saingan terdekatnya. Namanya menjadi sebutan bibir para peminat muzik tanahair, dan sering menggungguli carta lagu-lagu popular suatu masa dahulu, LPMI dan Pujaan 10 Nescafe menerusi siaran Rangkaian Nasional (kini bergelar Klasik Nasional).

Kejayaan ini meletakkan beliau sebaris dengan nama-nama besar mzuik tahun 80an seperti Sudirman, Francisca Peter dan Noor Kumalasari. Kehebatan Jamal bukan sahaja dapat melantunkan vokalnya melalui lagu-lagu balada dan pop sahaja, malah mampu membuatkan para peminatnya menitiskan airmata tatkala beliau melagukan rentak tradisional Melayu.

Selain menyanyi, Jamal juga merupakan seorang pelakon bertaraf box office yang mampu menarik jutaan penonton ke panggung menerusi lakonanya di dalam Azura, Tuah, Kekasih Awal dan Akhir serta Sejati, sekadar menyebut beberapa judul filem hitnya. 

Berita baik buat pemuja dan pengikut Raja Pop unggul ini. 16 April 2009 akan menyaksikan satu lagi sejarah dunia pop bakal dilakar di persada muzik tanahair. Tak Hilang Cinta merupakan album terbaru dari Raja Pop kesayangan ramai ini. Album yang ke-20 bersama Warner Music ini memperlihatkan sisi Jamal yang belum pernah dipamerkan sebelum ini. Buat pertama kalinya, Jamal bekerjasama dengan penerbit baru yang belum pernah menerbitkan mana-mana album Jamal sebelum ini, Shah.

Untuk mengekalkan nuansa melodik seorang raja, Jamal turut bergandingan bersama Eddie Marzuki dan Adnan Abu Hassan bagi melunaskan beberapa buah lagu yang lain. Paling menarik, untuk memperlihatkan bakat sebra bolehnya, jamal turut bekerjasama dengan Daly dari AhliFiqir dalam  sebuah lagu berbentuk medley. Tak Hilang Cinta mempertaruhkan “Apa Lagi” sebagai single pertama; apa yang mengujakan tentang lagu ini ialah rentak funk yang belum pernah diterokai Jamal sebelum ini.

Lagu ini merupakan ciptaan Rohunaim, seorang pencipta baru yang meningkat naik. Antara lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam Tak Hilang Cinta termasuklah “ Tak Hilang Cinta Di Dunia”, “Waktu Kerinduan”, “Cinta Dua Darjat”, “Di Mana Akhirnya” (ciptaan solo Jamal), “ Akulah Kekasihmu” ( sebuah ciptaan Jamal dengan lirik nukilan Ad Samad), “Keindahan Mimpi” (ciptaan solo Jamal) dan beberapa buah lagu lagi.     

 

Berikut disertakan senarai lagu-lagu yang terkandung di dalam Tak Hilang Cinta:

  1. Tak Hilang Cinta Di Dunia (lagu/lirik: Rohunaim)
  2. Apa Lagi (lagu/lirik: Rohunaim)
  3. Cinta Dua Darjat (lagu: Adnan Abu Hassan / lirik: Faris)
  4. Di Mana Akhirnya (lagu/lirik: Jamal Abdillah)
  5. Waktu Kerinduan (lagu/lirik: Rohunaim)
  6. Akulah Kekasihmu (lagu: Jamal Abdillah / lirik: Ad Samad)
  7. Terpesona Dusta feat. Daly AhliFiqir
  8. Lagu/lirik Terpesona : Shorty Robin (Clique Fantastique)
  9. Lagu/lirik Dusta  : Hakcipta Terpelihara
  10. Adaptasi Lirik : Jamal / Palot / Daly
  11. Keindahan Mimpi (lagu/lirik: Jamal Abdillah)
  12. Ku Sejiwamu (lagu/lirik: Rohunaim)
  13. Kembara Yang Indah (lagu: Adnan Abu Hassan / lirik : Faris)   

Lagu 1, 2, 5 & 9 – Penerbit: Shah

Lagu 4, 6, 7 & 8  – Penerbit Bersama: Eddie Marzuki & Jamal Abdillah

Lagu 3 & 10 – Penerbit: Adnan Abu Hassan

Mengagumkan, bukan? Tak Hilang Cinta sudah pasti akan membuatkan 2009 lebih hebat dan berdinamik, sama ada untuk pengikut setia Jamal, mahupun bagi pencinta muzik secara am.

Sekiranya Tak Hilang Cinta berjaya mencatat sejarahnya tersendiri di kala kelesuan ekonomi dunia dan pelbagai masalah lain yang merintangi hidup, maka Jamal terus membuktikan keunggulannya sebagai anak seni yang tiada tolok bandingan. Sudah tiba masanya sang raja ini diangkat sebagai Maharaja Pop! Tak Hilang Cinta, hanya ekslusif dan unggul dari Warner Music Malaysia.  

Diskografi Jamal Abdillah bersama Warner Music:

  1. Perpisahan Tanpa Relamu 1980    
  2. Derita Cinta 1981
  3. Hatiku Luka Kembali 1982   
  4. Layang-layang 1983 
  5. Mati Hidup Semula 1986 
  6. Untukmu 1988 
  7. Sepi Seorang Perindu 1989 
  8. Seniman Menangis 1990  
  9. Sendiri 1990   
  10. Jamal 1991   
  11. Penghujung Rindu 1994
  12. Suratan Kasih 1996   
  13. Penawar Kasih 1997   
  14. Samrah Mentari 1998   
  15. Segala Cinta 2002   
  16. Raja Pop(kompilasi) 2003 
  17. Aku Penghibur 2005 
  18. Raja Cinta (kompilasi) 2006 
  19. Live @ Istana Budaya 2007 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. pagi ni abg jamal live kt radio sinar…segmen karaoke di sinar pagi..pendengar yg nyanyi lagu abg jamal ok gak la..ye le mana bole lawan abg jamal ye tak ? tp yg nyampahnya org yg komen..komen cam sampah ! cam sore dorang tu bagus sgt..ada yg kata sore yg nyanyi tu cam pontianak hilang anak la..yg kata ikan emas dia mati bila dgr sore org yg nyanyi td tu..common la..sore korang yg komen tu dah gerenti cam pontianak yg tertelan gigi..tuh pasal cuma berani komen jer..anyway..love ya abg jamal..

  2. apapun jamal abdillah tetap unggul dan xde sape leh ganti..penyanyi baru sekarang suara xbagus tapi lagaknye lebih pulak..xsampai setahun heboh je lebih..jamal abdillah da 30tahun taw dalam industri..belajar lah dari orang berpengalaman cam abg jamal…steady la jamal..phewwittt

  3. Tabik spring!!! buat penyanyi Jamal Abdillah yang berani memperjudikan nasib sebagai penyanyi yang boleh dianggap “otai” ini yang berani mengeluarkan album baru di waktu yang boleh di katakan sambutan “dingin” buat album artis-artis M’sia tak kira artis baru mahu pun yang lama. Tapi ambo percaya peminat-peminat setia Jamal sudah pastinya memang ternanti-nanti kelahiran album baru beliau dan sudah pastinya akan menjadi pengubat rindu kepada suara “jantan” Jamal yang mana tiada tandingannya.Cuma terkilan sedikit kenapa tiada lagu baru ciptaan dari Datuk Dr. Ahmad Nawab buat Jamal dalam album ini. Sudah tentunya lagu ciptaan Ahmad Nawab sudah semestinya sebati dengan jiwa Jamal dan amat serasi sekali dengan suara Jamal. Sememangnya saya amat ternanti-nanti lagu ciptaan terbaru dari Datuk Dr Ahmad Nawab di era baru ini. Apa cerita datuk…tak kan dah pencen kot????

  4. Jamal memang best. Aku tak pernah minat mana-mana penyanyi tempatan kecuali Jamal Abdillah……sejak dari zaman kanak-kanak ku lagi.

    Yang menarik tentak Jamal ialah suarahnya…emmmm, sedap “Berirama, senandung semalam”….Lagi menarik, kisah hidupnya…..itulah keunikan Jamal sebenarnya……

    Semoga Jamal terus berjaya….aku pun risau kalau Jamal tak akan menyanyi lagi, rasanya dunia ini sepi tanpa lagu nyanyian suaranya.

  5. saya merupakan salah seorang peminat abg jamal sejak dr kecil lg. tak ada seorang penyanyi pun yg sy minat macam jamal ni.
    semoga abg jamal terus berjaya dlm mengecapi kehidupan yg lebih tenang.

  6. Tahniah diucapkan kpd Jamal yg telah menghasilkan album terbaru beliau yg dinanti-nantikan oleh peminat setianya. Saya adalah peminatnya yg setia dari dulu hingga sekarang. Tiada artis sekarang yg dpt menandingi kehebatan beliau, walaupun usia telah meningkat. Jamal tetap dgn caranya sendiri. Saya berharap Jamal akan mengadakan road shownya nanti. Saya berharap Jamal dpt mengadakan road show di Pulau Pinang juga, saya orang Penang. Semoga album yg baru ini dpt jualan yg hebat.
    Sekian, Badrul dari Penang.

  7. Kalau Jamal nyanyi kat tv, aku xkan gi mana. Memang power abis. Kna pulak SEROJA adoyai… tk leh nak citer merdunya suara… Aku miss beli album baru dia. hmmm

  8. klu dah lebih 30 th dlm industri muzik,memang hebat la lu……
    biar tak pandai menari……apapun suara mesti power……. baru blh bertahan….kpd penyanyi baru….mantapkan vokal dulu….. macam bro kita ni……

  9. yop the best la. klu ada yg berani nak mengata or nak ckp pe2 buruk pasal yop biar kan n bg peminat setia yop yg mengajar nye. pe2 tahniah atas anugerah sepanjang hayat. yop layak dapat pangkat datuk pun.

  10. jamal mmg layak dpt gelaran Dato..aku mmg mnt abh ngn jamal..
    walaupn aku msh muda lg tp mmg aku mnt dia pny suara..mmg de kualiti xde tandingan mn2 pnynyi lain..aku mmg ksi tabik springg kt dia..semoga jamal terus b`jaya dlm hidupnya..insyallah..

  11. Kepada abg Jamal saya ucap tahniah di atas kejayaan abg Jamal
    selama 30 tahun telah melakarkan sejarah dalam industri muzik
    tanah air kita ni…abg Jamal telah brtungkus-lumus dan berusaha
    mengekalkan serta menaikkan nama dari dulu sampai sekarang,
    semua lagu2 abg Jamal memang best la..cair abis dan lentok gila la..
    tak dak sapa bleh ganti suara abg Jamal la..suara abg Jamal memang mantap,dari album pertama sampai album sekarang semua saya dah beli..
    harap2 abg Jamal buat la konsert kt Perlis ni ya..saya memang peminat
    no. 1 abg Jamal k,apa2 pun saya doakan abg Jamal berjaya dan terus
    berjaya ok..cayalah,GOOD LUCK JAMAL ABDILLAH!!!

  12. Sebagai salah seorang peminat SUARA Jamal Abdillah,saya dah dapatkan CD terbaru Tak Hilang Cinta….tahniah atas kelahirannya yang amat ditunggu.Buat abang Jamal, ramai peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anda.Jamal tidak keseorangan….Jangan jadikan masa silam anda sebagai penghalang untuk berjaya…..

  13. don’t talk bad about jamal. dia menghibur dan menyanyi untuk kita sudah satu kebaikan dan pahala. His peribadi is his peribadi, dia tak ganggu kita.
    Malaysia produced two pop kings, ahmad jais then and jamal now. Jamal is class, class, and class.

  14. Salam semua..

    saya adalh salah seorang peminat Jamal paling setia.. Selama ni saya lebih selalu melayari blog abg nasron (Jamal abdillah Raja Pop) . Tak sangka blog ni juga ramai peminat. Bagi saya Vokal Jamal adalh anugerah tuhan kepadanya untuk kita semua (bila mendengarnya seperti satu nikmat yg sukar digambarkan dn jika kita benar-benar menghayati pastinya kita akanmengingati dan memuji Allah yg maha mencipta keindahan suaranya itu.

    walaupun lagu-lagu dalm album terbaru ini tidak popular seprti yg saya dn mungkin peminat beliau harapkan.saya percaya suatu hari nati orang kan mengenang beliau melalui lagu-lagu beliau yg tidak pernah di ambil peduli oleh kebanyakan orang di luar sane. Bagi saya vokal beliapada kali ini semakin hebat terutama dalm lagu-lagu yang beliau cipta sendiri spt Di Mana Akhirnya, Akulah Kekasihmu, dan Keindahan Mimpi. Di sini kita melihat bakat beliau yg tidak kurang hebatnya dari segi penciptaan lagu. Sebelum inipun beliau pernah mencipta lgu dlm beberpa album beliau seperti Mati Hidup Semula, Ghazal Utk Rabiah (digubah semula oleh M.Nasir), Ghazal Asmara, Nirmala Cintamu, Nyanyian Sunyi, dan Kasi Sejati (Ya Tawab) dlm Album Segala Cinta.

    sekian dahulu wassalm

  15. u are the great singer jamal abdilah……teruskan perjuangan mu jamal hingga ke akhir hayat…..kami sentiasa doakan yg terbaik untuk mu jamal abdilah…..amin………………..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dayang Nurfaizah Back With New Single LATELY

Sanchi Plus Penawar Ajaib Pelbagai Penyakit