in

Jam BOLT-68 NEON Baru Untuk Yang Berani & Moden

Sekiranya anda inginkan jam yang menyerlah dengan perincian berani untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda, jam BOMBERG adalah apa yang anda perlukan. Boleh didapati di Malaysia sejak Februari 2015, BOMBERG telah melancarkan koleksi BOLT-68 yang dibawakan secara eksklusif melalui Watatime.

Personalities at the launch of Bomberg with Watatime General Manager Brian Thum and Bomberg CEO Giancarlo Mantuano (7th and 8th from left)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BOMBERG, Giancarlo Mantuano:

“Koleksi BOLT-68 menampilkan ciri-ciri unik di mana butang-butang dan ‘crown’ diletakkan pada posisi jam 12. Ini membolehkan setiap jam ditransformasi untuk menjadi jam poket. Berikutan respons positif yang diterima daripada peminat jam tempatan, saya berbesar hati untuk mengumumkan ketibaan BOLT-68 NEON ke Malaysia.”

BOLT-68 NEON yang dilancarkan di Baselworld 2015 baru-baru ini terdiri daripada empat variasi kuarza baru. Tiga daripadanya datang dengan bekas keluli hitam ‘Physical Vapour Deposition’ (PVD) dengan pilihan hijau neon, biru muda atau fuchsia dan yang keempat pula adalah model emas putih dan ros. Harga jualan untuk model BOLT-68 NEON bermula dari RM4500.

Untuk mendapatkan jam tangan BOMBERG anda, lawati cawangan-cawangan Watatime berikut: Pavilion Shopping Mall, KLCC Shopping Mall, MidValley Megamall, 1 Utama Shopping Centre, Sungai Wang Plaza, Sunway Pyramid Shopping Mall, Subang Parade, Mahkota Parade, IOI City Mall dan Kinta City Shopping Centre.

Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/watatime.com.my atau bomberg.ch/en

Maklumat cawangan-cawangan Watatime:

• Pavilion Shopping Mall (Lot No. 2.61, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur) Tel: 017-2492066
• KLCC Shopping Mall (Lot No. C28A, Concourse Floor Suria KLCC) Tel: 017-3350866
• Mid Valley Megamall (Lot No. G-055, Ground Floor) Tel: 017-2520866
• 1 Utama Shopping Centre (Lot G107, Ground Floor) Tel: 017-2483066
• Sungai. Wang Plaza (LG144) Tel: 017-2480866
• Sunway Pyramid Shopping Mall (Lot G1.61, Ground floor) Tel: 017-2573066
• Subang Parade (LG19, Lower Ground Floor) Tel: 017-2473066
• Mahkota Parade (Lot G52, Ground Floor) Tel: 017-2070266
• IOI City Mall (G-45 Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI City, 62502 Putrajaya) Tel: 03 8957 2018
• Kinta City Shopping Centre (G16, Ground Floor) Tel: 017-2482066

Bolt-68_neon

Bolt-68_neon

Bolt-68_neon

Bolt-68_neon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mash Up Akim & The Majistret & Stacy di Hot FM

Konspirasi Jenayah Profil Tinggi dalam Filem OVERHEARD