in

Jalan-Jalan di Batam Sambil Bermalam di Swiss-Inn Batam

Jalan-Jalan di Batam Sambil Bermalam di Swiss-Inn Batam

Masa kini, ramai mencari hotel yang menawarkan harga berpatutan di samping perkhidmatan berbintang selain gaya persembahan moden serta kontemporari. Ini terserlah dengan kemunculan pelbagai hotel-hotel moden yang ringkas namun tetap tampil menarik buat para pengunjung. Salah satu rangkaian hotel paling popular di Indonesia yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah jenama Swiss-Belhotel International.

Jenama Swiss-Belhotel ini bukan sahaja terkenal di Jakarta namun ia juga berada di pulau Batam Indonesia, iaitu kota yang semakin mendapat perhatian ramai kerana kedudukannya yang tidak jauh dari Singapura dan Malaysia. Swiss-Inn Batam adalah sebuah hotel antarabangsa berbintang tiga dan terletak hanya 10 minit dari pusat kota Batam. Ia juga hanya 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim dan beberapa minit sahaja dari terminal-terminal feri yang tersedia.

Swiss-Inn Batam

Kesemua 128 bilik-biliknya bersih, kemas dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet. Selain itu senireka dalaman bilik-biliknya turut menerapkan unsur moden yang digabungkan dengan sedikit sentuhan klasik bagi menimbulkan suasana yang nyaman dan selesa.

Di hotel ini juga para tamu akan menemui Serunai Lobby Lounge, sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai sambil bertemu dengan rakan-rakan. Tersedia juga Swiss-Cafe yang menyajikan sajian terenak masakan Sumatera Utara serta hidangan tradisional Malaysia. Sebagai restoran utama, ia sering dikunjungi untuk makan tengah hari, makan malam dan semestinya sarapan pagi. Lebih menarik, kedua-dua lokasi ini, menawarkan kemudahan internet wi-fi secara percuma!

Menanti di tingkat lobi juga ada enam buah bilik KTV Karaoke di One Way KTV yang baru sahaja diubahsuai untuk kegunaan para tamu hotel. Dengan sistem bunyi serta layar LCD tercanggih, ia menepati citarasa penggemar karaoke yang mahu berhibur sambil menikmati makanan dan minuman ringan. Tidak lupa juga, hotel ini mempunyai pusat kesihatan untuk bersenam dan beriadah serta perkhidmatan urut profesional. Seperti hotel-hotel berbintang yang lain, tersedia juga ruangan-ruangan khas bagi penganjuran acara-acara serta bilik-bilik mesyuarat.

Berbekalkan suasananya yang nyaman dan sambutan ramah para pekerja hotel, Swiss-Inn Batam pasti menjadi salah sebuah hotel yang ideal buat para pengunjung yang menjalani kehidupan harian yang aktif serta moden namun masih mementingkan keselesaan. Dengan harga yang sangat berpatutan buat mereka yang tidak mahu berbelanja terlalu banyak utnuk penginapan semasa bercuti atau urusan perniagaan, hotel ini memenuhi kriteria tersebut!

Swiss-Inn Batam

Swiss-Inn Batam

Swiss-Inn Batam

Swiss-Inn Batam

Swiss-Inn Batam

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Review Harris Hotel Batam Center

Sebab Kenapa Fazura Tolak Tawaran Berlakon Filem Istanbul Aku Datang