in ,

Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Nadia Mustafa Dalam Kaligrafi Cinta

PANGGUNG SERI : KALIGRAFI CINTA, SABTU (06 SEPTEMBER 2008), JAM 08.30 MALAM DI RTM1

Kisah cinta dalam lipatan sejarah yang terbongkar semula akibat kehadiran satu frame mengandungi tulisan kaligrafi. Namun salah faham itu menemui damai dan kemaafan apabila kecintaan pada tulisan jawi dan seni kaligrafi mengungkai salah faham dan dendam kesumat sebelum ini.

Begitulah plot cerita yang melatari Kaligrafi Cinta mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (06 September 2008), jam 08.30 malam yang menemui penonton setia RTM1. 

2820712425 58E0B2E3B8 | 4

Nisha Dirr dalam Kaligrafi Cinta

Kaligrafi Cinta terbitan Television Airtime Services ini mengisahkan kegigihan seorang tokoh korporat iaitu Dato’ Bahar yang mahu memartabatkan kembali tulisan jawi di kalangan masyarakat terutamanya mahu menyemaikan perasaan cintakan tulisan jawi di kalangan golongan remaja.

Pada masa sama, beliau terlibat secara aktif dalam membantu Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan (KEKWA) dalam menjayakan program Semarak Jawi yang dilihatnya sebagai peluang terbaik atau pembuka jalan kepada usaha mencapai cita-citanya.

Sementara itu seorang penggiat seni kaligrafi dikenali Ustaz Sufi pula gigih dan penuh keyakinan serta percaya bidang kaligrafi boleh di jalankan sebagai satu kegiatan komersial yang menguntungkan.

Juga diselitkan kisah cinta antara dua remaja iaitu Fatihah dan Azrul yang menghadapi saat ujian dalam perhubungan mereka apabila Azrul takut mengakui kelemahan dan kekurangan dirinya terutama bila berdepan dengan teman wanitanya itu.

Sementara itu Fatitah pula tergolong dalam kelompok wanita yang kuat cemburu. Dia begitu cemburukan kemesraan yang dipamerkan Azrul dengan Shima iaitu pembantu ayahnya, Dato’Bahar.

Kaligrafi Cinta dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Nadia Mustafa, Roslan Salleh, Nisha Dirr, Fadilah Mansor dan Zack X Factor.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Fatihah dengan kekasihnya itu? Berjayakah usaha yang dilakukan sepenuh hati oleh Dato’ Bahar untuk memartabatkan tulisan Jawi di kalangan remaja seperti yang dicita-citakan?

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan Kaligrafi Cinta mengisi slot Panggung Seri, Sabtu (06 September 2008), jam 08.30 malam di RTM1. 

2821550508 70B57088B0 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

List Senarai Buffet Ramadan Restoran Hotel 2008

Artis Mana Kurang Kontroversi