in ,

Jags Juara Pertandingan Cheer4Christmas Sungei Wang Plaza

Pada 19 Disember lalu, Budiey sempat hadir untuk menyaksikan Pertandingan Akhir Cheer4Christmas di ruang concourse, Sungei Wang Plaza yang bermula pada jam 2 petang.

Pertandingan kali pertama anjuran Sungei Wang Plaza ini bersempena dengan perayaan Krismas yang bakal disambut tak lama lagi. Kemeriahan sambutan boleh dilihat dengan hiasan dalaman pusat membeli belah terkenal ini. Dengan tema Cheer-y Merry Christmas, pihak Sungei Wang Plaza begitu meraikan para pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli belah.

Untuk pertandingan akhir Cheer4Christmas ini, sebanyak 9 pasukan telah terpilih. Mereka ialah Muriel2, Starlites, Muriel 1, Xylurf, Zenith, The Rebel, Jags, Rebel 2 dan Star Jump. Di kalangan mereka, ada satu pasukan lelaki, 3 pasukan yang semuanya perempuan dan 5 pasukan campuran wanita dan lelaki.

Pertandingan diadili oleh:

  1. Mr K K Lim – Promotions / PR Senior Manager of Sungei Wang Plaza
  2. Mr Chin Kim Heong – Coach for gymnastic, sport aerobic, rope skipping and International gymnastic coach
  3. Ms Lee Wai Wai Min – selected as a cheerleader to be part of Team Malaysia in 2009

Budiey nak ucapkan tahniah kepada pasukan Jags yang telah berjaya dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang RM3,000 tunai.

Tempat kedua pula telah dimenangi oleh The Rebels dengan mendapat hadiah wang tunai RM2,000 dan tempat ketiga pula disandang oleh Muriel 1 dengan mengondol hadiah wang tunai RM1,000.

Tahniah. Memang persembahan mereka mantap.

Cheer4u sungei wang plaza

Pasukan yang diangkat menjadi juara iaitu Jags. Congrats!

Cheer4u sungei wang plaza

The Rebels dengan mendapat hadiah wang tunai RM2,000

Cheer4u sungei wang plaza

Muriel 1 dengan mengondol hadiah wang tunai RM1,000

Gambar Sekitar Pertandingan Final Cheer4Christmas

Cheer4u sungei wang plaza

Persembahan pasukan Jags yang kini bergelar Juara

DSC_0064
DSC_0087
DSC_0144
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza
Cheer4u sungei wang plaza

Persembahan selingan

Cheer4u sungei wang plaza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Musim Cuti dengan Astro Fiesta

Harris, Hadi, Balqis, Puteri, Shazlin Berentap di Final Idola Kecil 3