in

Jadi Superstar di Youtube Dalam Peraduan OREO AND MILK MOMENT

ANDA MAHU BERGELAR ‘SUPERSTAR’ DI YOUTUBE?

Kini, untuk popular seperti superstar atau menjadi orang yang terkenal tidak semestinya anda menjadi seorang artis, penyanyi, pelakon dan sebagainya. Tak semestinya apabila bergelar penyanyi, anda akan menjadi popular dan ternama. Tapi semua tu, bergantung pada nasib anda juga. Ternyata, ramai penyanyi yang tak popular, kan?

Sebenarnya, macam-macam lagi cara untuk menjadi seorang yang terkenal.

OREO, jenama biskut kegemaran ramai akan merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang yang terkenal. Bukan setakat terkenal di negara sendiri, tapi di seluruh dunia! Wow! Hebatkan? Bagaimana caranya? Ha, korang kena baca entri ini sampai habis.

2658837002 3641158B2E | 4

VIDEO ANDA DI YOUTUBE?

Cuba bayangkan, video rakaman anda diletakkan di laman utama Youtube dan ianya ditonton oleh semua pelayar internet seluruh dunia. Bukan setakat di Malaysia tetapi seluruh dunia!

Anda mahu video anda tampil di muka depan laman Youtube? Ha, ini satu-satunya peluang anda! Bukan senang untuk video kita ditonton oleh pelayar internet seluruh negara! Ini bermakna. seluruh dunia menonton video yang anda rakamkan kerana ianya dipaparkan di muka depan.

Kalau anda mahukan anda glamour sekelip mata, ha… Budiey nak terangkan caranya.

2658826198 Ec00998346 | 5

SERTAI PERADUAN “OREO AND MILK MOMENT”

Khusus untuk penggemar biskut Oreo, kini anda boleh memenangi hadiah ‘BESAR’ dalam Peraduan OREO GLOBAL MOMENTS. Peraduan ini bermula pada 10 Julai 2008 hingga 11 Ogos 2008. Senang sahaja. Cuma rakam, sunting dan upload di Youtube!

Bagaimana untuk menyertainya? Senang aje. Ikuti langkah berikut ini:

  1. Rakam sebuah video yang menceritakan “OREO AND MILK MOMENT”. Samada dalam kisah benar atau fiksyen, itu terpulang kepada kreativiti anda.
  2. Video yang dirakam itu hendaklah menampilkan aksi anda menikmati biskut Oreo dalam segelas susu dan menikmatinya oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja.
  3. Tonjolkan kreativiti anda dengan video yang lebih kelakar, kemesraan, dramatik, romantik yang boleh menggambarkan saat istimewa untuk dikenangkan.
  4. Contohnya, anda boleh merakam saat indah bersama keluarga menikmati biskut Oreo. Yang penting, asalkan ianya kreatif, lagi kreatif, lagi banyak peluang untuk menang!
  5. Kalau anda susah sangat nak mencari idea atau mendapatkan ilham, anda boleh melihat video youtube ( http://www.youtube.com/oreo ) yang dihantar oleh peserta lain di Youtube mulai 10 Ogos 2008.
  6. Untuk melayakkan diri anda, video hendaklah diupload di Youtube sehingga 11:59 malam pada 11 Ogos 2008.
  7. Segala hasil video yang dihantar adalah hasil kerja yang asal dari anda sendiri.
  8. Hendaklah menghormati jenama Biskut Oreo. Penyertaan hendaklah mengandungi atau menyertai imej biskut Oreo dan Susu. Elakkan menggunakan binatang untuk dirakam.
  9. Anda boleh menggunakan seberapa banyak orang dan tidak mengira usia. Walau bagaimanapun, peserta hendaklah meminta izin terlebih dahulu untuk menggunakan suara dan visual individu yang ditampilkan dalam video.
  10. Setiap peserta hanya terhad dan layak untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Penyertaan yang tidak sempurna dan melanggar peraturan tidak akan diterima. Kraft Food Global (Penaja) tidak bertanggungjawab atas segala kehilangan, kelewatan, kerosakan dan penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Segala penyertaan akan menjadi hak milik penaja dan tidak akan dipulangkan.
  12. Dengan menghantar penyertaan, peserta bersetuju untuk meletakkannya di Youtube.
  13. Peserta mestilah menghantar segala permintaaan dan syarat daripada penganjur termasuklah syarat daripada semua orang yang ditampil di dalam video.

ISI KANDUNGAN

Setiap penyertaan mestilah sesuai untuk dipamerkan dan dikeluarkan dalam semua bentuk media termasuklah tidak terhad kepada internet, percetakan, radio dan jaringan, kabel atau siaran TV satelit.

Penyertaan yang mengandungi unsur-unsur negatif seperti lucah, pornografi, kenyataan sensitif yang menyentuh sensitiviti agama, kaum, orientasi seksual dan kenyataan yang berbunyi ancaman kepada individu, tempat, bisnes atau sesuatu kumpulan, tidak melanggar hak dan privacy mana-mana individu, firma atau entiti kaum termasuklah tanpa had, sebarang hakcipta dan trademark bagi pihak ketiga, tidak menonjolkan jenama penaja atau produk dalam mana-mana cara yang mungkin boleh mencetuskan skandal, ancaman kepada orang ramai, kontroversi dan sebagainya. Penaja berhak untuk membuat segala pindaan yang bersesuaian dan menolak mana-mana penyertaan yang tidak bersesuaian dan melanggar segala peraturan di atas.

TIPS BERGUNA!

  1. Pastikan anda menyimpan video asal kerana Oreo inginkannya nanti untuk Youtube sekiranya anda menang!
    Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan Biskut Oreo dan Susu.
  2. Tampilkan gaya yang unik ketika menikmati biskut Oreo dalam pek biasa atau dua lapis biskut.
  3. Elakkan daripada memberikan biskut Oreo kepada binatang.
  4. Elakkan menggunakan jenama barangan lain atau memakai logo jenama lain dalam video anda kecuali logo OREO sahaja!
  5. Kalau boleh, untuk lebih menarik, masukkan lagu Oreo Jingle sebagai musik latar.
  6. Video tidak boleh melebihi durasi 3 minit atau 1024MBs.

2678338227 122D700Aac | 6

BAGAIMANA PEMENANG DIPILIH?

Penyertaan akan diadili oleh panel yang akan dilantik oleh penganjur yang terdiri daripada satu pertubuhan penasihat bebas yang begitu mahir dan bersifat bebas. Segala keputusan adalah muktamad.

Penyertaan akan diadili berdasarkan beberapa kriteria:

1. Keaslian (1 – 25 markah)

2. Kreativiti (1 – 25 markah)

3. Imej Produk yang positif (1 – 25 markah)

4. Tema yang bertepatan yang menceritakan tentang saat indah bersama biskut OREO dan Susu. (1 – 25 markah)

Sekiranya keputusan adalah seri, pemenang akan diadili semula berdasarkan tema yang PALING tepat dan kreatif. (100%)

Peserta yang mendapat markah paling tinggi akan memenangi hadiah utama.

Pemenang Utama:
Video pemenang akan muncul di laman web Youtube mulai 26 Ogos 2008.

Senarai Pemenang:
Untuk melihat senarai video yang menang, anda boleh melawat www.YouTube.com mulai 26 Ogos 2008.

Polisi Hak Persendirian atau Peribadi:

Sebarang maklumat peribadi yang disediakan kepada Youtube akan menjadi hak milik mutlak Youtube sebagaimana yang disiarkan di http://www.youtube.com/t/privacy.

Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju untuk memberikan segala maklumat peribadi seperti alamat email dan maklumat peribadi yang lain untuk maklumat penjurian dan penyelarasan hadiah.

Youtube tidak akan menjual, memberi sewa, menghantar atau menyebarkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disebutkan.

JOM SERTAI SEKARANG!

Ha! Jadi apa tunggu lagi, kalau sudah faham bagaimana caranya, ikuti arahan yang Budiey tulis ni, dan cepat-cepat ambil kamera… Rakam, Sunting dan Upload di Youtube!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk keterangan lanjut sila layari:
http://www.oreo.com/moments
http://www.youtube.com/oreo

Ini contoh video yang Budiey rakamkan:

[tags]advertorial oreo, youtube.com, oreo factory, advertisement, product, nuffnang, privacy, video, upload[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Penyampaian Hadiah Hotlink Cabaran Iklan TV Hotlink

Gambar Dayang Nurfaizah @ 10th Anniversary NTV7 Feel Good Channel