in , , , ,

Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah, Adibah Nor, Ajai dan Awie Jadi Mentor Baru

6 MENTOR MUSIM KE-3 SEMAKIN MENYENGAT!

Semalam, 10 Mac 2009 jam 3 petang, telah berlangsung sidang media Mentor Musim ke-3 di Sri Pentas, Damansara Utama.

Pija dan Fiq berjaya mendominasi program realiti Mentor musim 1 & 2, namun untuk musim ke – 3 nama siapakah bakal dijulang mengikut jejak langkah kedua juara ini! Program yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 mempamerkan barisan Mentor yang tergolong dari penyanyi popular tanah air iaitu Nora, Hattan, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Zainal Abidin, Ning Baizura, Cat Ruffedge, Noraniza Idris, Kumpulan VE, Amy Search dan Hazami.

Mentor 3 memperkenalkan 6 lagi Mentor iaitu artis tanah air dari pelbagai genre yang berbeza untuk menjadi sifu kepada protege-protege yang bakal menyinari dunia hiburan tanah air tidak lama lagi.

Barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar pada musim ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie. Jika pemilihan para peserta tahun-tahun sebelumnya berdasarkan penilaian pihak juri dan pihak pengurusan, kali ini menampilkan kelainan apabila para Mentor akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih sendiri protege mereka. Uji bakat akan diadakan di Theatrette, Sri Pentas bermula pada 14 Mac 2009 sehingga 4 April 2009 bermula jam 10.00 pagi hingga 5 petang.

Oleh itu, bagi para peserta yang berminat untuk menjadi Mentor kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi ujibakat yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh Uji Bakat Mentor Musim Ketiga

14 Mac
Uji bakat Mentor 1
Jaclyn Victor

15 Mac
Uji bakat Mentor 2
Mas Idayu

21 Mac
Uji bakat Mentor 3
Lah Ahmad

22 Mac
Uji bakat Mentor 4
Adibah Nor

28 Mac
Uji bakat Mentor 5
Ajai

4 April
Uji bakat Mentor 6
Awie      

Menurut penerbit Mentor 3, Muhamad Suffian b. Isa,

“Setelah rundingan dilakukan 6 Mentor telah terpilih berdasarkan kualiti yang dimiliki iaitu mempunyai pengalaman luas di dalam bidang nyanyian dan berkaliber sebagai tenaga pengajar. Peranan mereka ialah untuk memberikan tunjuk ajar kepada para protégé berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Selain itu, Mentor juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka.”

“Pihak kami berpendapat pemilihan peserta Mentor kali ini lebih sistematik kerana perserta boleh menjalani uji bakat berdasarkan penyanyi kegemaran pilihan masing-masing dan Mentor dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki seseorang itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab mengasah bakat protégé yang menjadi pilihan mereka itu nanti. Kami juga berharap agar hubungan antara mentor dan protégé lebih serasi setelah mengadili sesi saringan penilaian dan uji bakat yang dilakukan dari kacamata mereka sendiri.”

Protégé yang layak memasuki gelanggang Mentor semestinya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 17-25 tahun, memiliki bakat, vokal yang mantap dan pakej, berjaya menambat hati Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan  boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap program Mentor. Peserta yang menghadiri uji bakat harus membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport dan 4R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Program Mentor akan ditayangkan bermula pada 19 April 2009, setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam (Konsert Mingguan Mentor akan bermula pada 3 Mei 2009), Jurnal Protégé setiap Ahad jam 5.30  hingga 6.00 petang yang menyorot persediaan serta aktiviti protégé bersama mentor  juga Jurnal Mentor iatu diari harian protégé akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.28 malam.

Inilah mentor musim baru… Jangan lupa tonton ya!

Awie Wings

Adibah Nor

Jaclyn Victor

Lah Ahmad

Mas Idayu

Budiey: Hari ini, filem Dragonball Evolution akan mengegarkan pawagam. Tonton jangan tak tonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layari Blog Sensasi Selebriti di Hypp.TV

Trivia: Kasut Baru Siapa Ni?