in , ,

Jaclyn Victor Kini Bercinta Dengan Duda

Penyanyi Gemilang, Jaclyn Victor, 41, mendedahkan dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan jejaka berstatus duda.

Mendedahkan dirinya kini dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka berstatus duda selepas mengakui sudah bercerai pada Januari lalu, penyanyi Jaclyn Victor langsung tidak menyangka pintu hatinya akan terbuka buat kali kedua dengan mana-mana lelaki selepas gagal dalam perhubungan sebelum ini.

Enggan mendedahkan secara terperinci lelaki yang berjaya mencuri hatinya, Jaclyn atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor Rivera memberitahu sifat penyayang yang ditunjukkan ‘buah hati’ membuatkannya yakin dialah lelaki paling tepat buat masa ini.

“Anak-anak mesra dengannya, malah mereka memanggilnya Papa. Si dia rajin melayan Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. Si dia banyak membantu saya menjaga dan memantau pembelajaran anak sulung hingga pandai menulis serta melukis.

“Sebagai ibu tunggal, saya mendambakan lelaki yang bukan sahaja menerima saya, tetapi juga anak-anak. Si dia memiliki kriteria itu.

“Si dia berstatus duda dan memiliki cahaya mata. Saya bersyukur hubungan kami direstui keluarga kedua-dua pihak,”

– Jaclyn Victor

Menurut Jaclyn, lelaki berkenaan adalah seorang yang baik malah dapat menjaga dan pandai mengambil hati anak-anak sehingga mereka kini memanggil jejaka tersebut dengan gelaran “papa”.

Ibu kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut lagi.

Tambah Jaclyn, dia percaya keikhlasan yang ditunjukkan lelaki berkenaan sepanjang mereka berkawan rapat.

Meskipun begitu, Jaclyn menyatakan lelaki berkenaan sentiasa meluangkan masa hamper saban hari dengan anak-anaknya. Hal ini kerana, andai anak-anaknya boleh bertutur dengan baik, membaca dan melukis, semua itu merupakan usaha jejaka berkenaan.

“Pada awal perkenalan, si dia tidak tahu saya seorang penyanyi. Perkara itulah yang membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya,” ujarnya.

– Jaclyn Victor

Menjawab persoalan, penyanyi bersuara nada tinggi itu tidak mahu terburu-buru meletakkan titik noktah pada hubungan dengan ikatan perkahwinan.

“Buat masa ini, biarlah kami berkawan dahulu. Banyak perkara yang harus diberikan fokus seperti anak-anak, bisnes dan kerjaya seni,”

– Jaclyn Victor

Jaclyn ketika ditemui pada majlis pelancaran Restoran BATS miliknya di Bangsar.

Sementara itu, mengulas tindakannya terjun ke dunia perniagaan ketika ekonomi tidak begitu memberangsangkan, Jaclyn berkata, dia percaya kata hatinya.

“Saya membuat kaji selidik dari segi lokasi dan saya mendapati tempat ini mempunyai ramai pengunjung walaupun dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

“Lagipun, saya mempunyai dua rakan kongsi berpengalaman dalam dunia perniagaan restoran. Disebabkan itulah meyakinkan saya memulakan perniagaan.

“Restoran yang baru beroperasi itu bukan sahaja sesuai untuk keluarga, tetapi menyajikan makanan halal,”

– Jaclyn Victor

Untuk rekod, Jaclyn sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dengan okalis kumpualn R&B antarabangsa AZ Yet iaitu Shawn Rivera di dalam sebuah majlis tertutup di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014. Namun ikatan perkahwinan mereka terlerai selepas kedua-dua pasangan ini disahkan bercerai sekitar Januari lalu.

Sumber: BH Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siapa Sebenarnya Rayhan Kabir? Mana Dia Nak Lari?

Muat Naik Gambar Berbikini, Nur Sajat Terima Kecaman & Diboikot