in , ,

Jaclyn Chia Pertaruhkan Single Berjudul DIAM DIAMKU MENCINTAIMU

JACLYN CHIA atau lebih dikenali sebagai CHIA JACINTA JIA YI merupakan seorang penyanyi baru kelahiran Sabah yang berasal dari daerah KOTA KINABALU.

Penyanyi muda berbangsa Sino Murut (Cina/Murut) ini merupakan pemenang bagi CCTV Colourful Planet International Singing Competition pada tahun 2019 dan merupakan artis yang sedang meningkat dalam industri muzik tempatan. 

JACLYN CHIA juga sering dijemput untuk membuat persembahan nyanyian di seluruh SABAH. Pada tahun 2021, dia telah diundang oleh seorang penerbit yang berasal dari Sabah iaitu MOHD HAZREEN HAIPIN,

Untuk menyanyikan lagu ciptaan Arin_luthfi dan lirik oleh Arin_luthfi/Nazri Saidali yang berjudul ‘’DIAM DIAM KU MENCINTAIMU’’.

Lagu ini merupakan single pertama bagi JACLYN CHIA dan telah dikeluarkan pada 17/nov/2021 di bawah label AJ music Malaysia . 

Elemen muzik yang berkonsepkan REGGAE/DANGDUT ini menjadi inspirasi dan taruhan dalam pembikinan lagu ini yang sesuai dengan trend generasi muda zaman sekarang. 

Kini lahirlah sebuah karya baru bertajuk ‘’DIAM DIAM KU MENCINTAIMU’’ yang disampaikan oleh JACLYN CHIA sebagai dendangan buat semua.

Lagu ini dicipta oleh Arin_luthfi dan lirik oleh Arin_luthfi/Nazri saidali dengan harapan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan membuka jalan untuk penyanyi baru JACLYN CHIA sebagai seorang penyanyi tempatan.

Lagu ini juga boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik,ringtone dan youtube ‘’DIAM DIAM KU MENCINTAIMU’’ yang telah dilancarkan pada 17 NOV lalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HISTERIA THE SERIES

Saksikan Kesinambungan Filem HISTERIA (2008) Dalam HISTERIA THE SERIES

Inspirasi Wanita Berjaya Dalam Trend Hawa Dihoskan Oleh Fiza Frizzy