in ,

Izzue Islam Tukar Karier Jadi Pegawai JPJ?

Kenapa pula Izzue Islam nak jadi Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula ni? rasanya kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi masih lagi rancak. Memang benar Izzue ada membuat permohonan untuk menyertai unit beruniform itu, tetapi itu hanyalah tuntutan watak di dalam drama terbaharu lakonanannya berjudul OPS CINTA DIN SARDIN yang bakal bersiaran pada 11 Ogos ini di TV9.

Poster Ops Cinta Din Sardin

Drama 20 episod ini akan bersiaran setiap hari Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam menerusi slot Kelakarama. Membawa watak sebagai Din, Izzue Islam turut bergandingan bersama Mira Filzah, yang membawa watak Che Ta.

Drama ini turut diperkuatkan dengan barisan pelakan seperti Niena Baharun, Kazarudin Saisi, Delimawati, Sasqia Dahuri, Bell Ngasri, Azhan Rani, Jaja DFKL, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Ops Cinta Din Sardin adalah drama kesinambungan daripada cerita Din Sardin yang pernah bersiaran di Skrin Di 9. Din yang memang terkenal sebagai mat rempit di kampungnya mula berubah setelah dia jatuh hati pada Che Ta, seorang Pegawai JPJ yang cantik manis.

Walaupun Che Ta sudah dimiliki orang lain, perasaan Din pada Che Ta masih tidak berubah. Din nekad untuk menjadi menjadi pegawai JPJ walaupun tidak dapat memiliki cinta Che Ta, asalkan dia dapat bergandingan dan selalu bersama gadis itu pun sudah cukup baginya.

Pada mulanya, Din sudah berputus asa untuk mencari pekerjaan setelah acapkali permohonannya untuk menjadi anggota unit beruniform ditolak sehinggakan dia kembali merempit. Ditimpa kejadian malang akibat kedegilannya untuk kembali merempit menyebabkan dia kehilangan sahabat baiknya, Amir yang ditimpa kemalangan ketika mereka sedang berlumba secara haram.

Din nekad untuk berubah dan tidak mahu lagi untuk menjadi mat rempit. Che Ta turut membantu Din untuk berubah dengan menyerap Din menjadi sukarelawan Skuad Muda JPJ dalam kempen kesedaran yang dijalankan oleh JPJ.

Adakah Din akan berjaya menjadi pegawai JPJ seterusnya memenangi hati Che Ta yang sudah menjadi tunangan orang itu? Ketahui kesudahan cita-cita dan cinta Din Sardin dalam Ops Cinta Din Sardin, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 di slot Kelakarama.

Mira Filzah

Layari laman web www.tv9.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram TV9Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan rancangan ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Kazar & delimawati

Jaja Illiyes

Izzue Islam

Izzue 1

Clip0078T01 (2)

Clip0063T01 (2)

Bell Ngasri

Amir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Produksi Tak Suruh Afifah Pura-Pura Suka Aliff Aziz

Video Comel Fasha Sandha Menari Despacito Trending di Youtube Malaysia