in , ,

Izyan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Hadir di Resepsi Elfira Loy & Faris

Apabila bekas kekasih bertemu bekas kekasih. Ini jadinya. Sama-sama nak up gambar. Mungkin kerana mendapat gelaran itu, Elfira Loy dan Izyan, bekas kekasih Sufian Suhaimi meletakkan gambar pertemuan mereka di Instagram. Maka, netizen pun menjalankan kerja-kerja rutin mereka. Mengadili dan mengecam mana yang patut. Haih!

Bekas teman wanita penyanyi Sufian Suhaimi, 27, yang dikenali sebagai Izyan antara tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis resepsi pelakon Elfira Loy, 25, dan suaminya, Faris Khairol Anuar pada Sabtu lalu.

Elfira berkongsi gambar kenangan dengan Izyan, 27, menerusi laman Instagram beserta kapsyennya yang turut mendoakan gadis itu cepat dipertemukan jodoh.

Izyan merupakan bekas kekasih Sufian Suhaimi sebelum penyanyi itu bergelar artis. Memuatnaik foto bersama sewaktu majlis persandingan Elfira Loy telah mencetuskan spekulasi daripada netizen yang ingin mengetahui ada apa di sebalik persahabatan Elfira Loy dan Izyan.

“Kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang ke majlis resepsi saya. Semoga Allah membalas kebaikan kamu dan semoga dipercepatkan jodoh juga. Terima kasih Izyan,”

– Elfira Loy

Mungkin ada sesuatu di antara perkenalan Elfira dan Izyan memandangkan pada kapsyen itu Elfira mengucapkan terima kasih kepada Izyan sebab menolongnya dan ibunya. Tolong apa tu?

Izyan turut menulis komen di posting Elfira Loy

Untitled

Sufian sebelum ini didakwa meninggalkan Izyan demi mengejar cinta Elfira.

Izyan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi Hadir di Resepsi Elfira Loy Undang Komen Netizen

Setelah Elfira memuatnaik gambar bersama Izyan, ramai yang meninggalkan komen menyatakan pendapat mereka. Ada yang mengatakan Elfira tidak patut meletakkan gambar bekas kekasih Sufian Suhaimi. Budiey pun tak sangka Izyan turut menerima jemputan undangan dan hadir di majlis resepsi Elfira Loy. Kalau tahu macam ni, Budiey boleh menemubual Izyan. 

Untitled

Foto tersebut menjadi perhatian apabila ia meraih lebih 90 ribu likes daripada netizen setakat ini.

Elfira Loy & Izyan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi
Elfira Loy & Izyan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi

Penyanyi Di Matamu itu kemudiannya bertunang dengan Elfira pada Oktober 2017 sebelum putus empat bulan kemudian.

Elfira dan Faris, 28, diijabkabulkan pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Elfira Loy & Izyan Bekas Kekasih Sufian Suhaimi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cyborg Lupa Diri Dalam ALITA: BATTLE ANGEL

Bapa Aizat Meninggal Dunia