in , ,

Izreen Azminda Berang Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

Pelakon, Izreen Azminda berang dengan dakwaan mengatakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sedang bergolak.

Ini berikutan kelibat Izreen dan Ude kelihatan di mahkamah syariah, baru-baru ini.

“Saya pergi mahkamah syariah untuk membayar denda kerana kami berkahwin di luar mahkamah. Kita tahulah proses mahkamah memang lama, jadi baru tahun ini mahkamah panggil kami.

“Disebabkan itu, jangan sewenang-wenangnya menabur fitnah, siasat dahulu. Kepada blogger yang menyebar cerita, jangan jadi bebal, elok tanya sebelum sebar berita tidak sahih.

“Saya marah sebab mereka langgar etika kewartawanan, tidak menemubual, bertanya dan pakai tulis sahaja. Saya dahulu belajar bidang kewartawanan, jadi saya faham kerja menulis ini,”

– Izreen Azminda

Terdahulu, keluar artikel bertajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ oleh sebuah portal hiburan apabila Izreen dan suaminya dilihat berkunjung ke mahkamah.

Bagaimanapun, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 itu tidak terkilan dengan berita yang tersebar kerana ia tidak memberikan kesan padanya.

“Saya tak terkilan kerana perkara ini tidak betul, saya pergi mahkamah untuk selesaikan denda. Kalau betul mungkin saya akan diam, tetapi apabila saya sudah lantang bersuara, maknanya tidak betul.

“Netizen juga kena belajar lebih mendalam sebelum nak hentam orang, dekat mahkamah syariah bukan kes perceraian sahaja, banyak kes lain turut dijalankan,”

– Izreen Azminda

Izreen berkata, dia sudah lali dengan tohmahan dan persepsi negatif sejak kontroversi perkahwinannya bersama Ude tercetus lagi.

“Benda negatif memang sayang dengan saya. Boleh dikatakan saya sudah lali berdepan semua ini. Saya okay, tiada masalah ‘anxiety’ setakat ini. Alhamdulillah boleh atasi masalah dengan sokongan suami, keluarga dan rakan,” katanya.

– Izreen Azminda

Biarpun begitu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk bersyukur kontroversi tidak menjejaskan perniagaannya, malah mampu mengutip lebih RM1,000 setiap hari.

“Alhamdulillah, kontroversi tidak menjejaskan perniagaan. Sudah tiga tahun mestilah orang sudah boleh terima, tetapi saya tak rasa orang lupa kerana ada sahaja komen negatif dalam laman sosial saya. Namun, jumlahnya tidak banyak seperti dulu. Maknanya positif lagi banyak dari negatif.

“Permintaan apam pun tinggi setiap hari, bukan nak memuji diri tetapi saya menerima pesanan antara 300 hingga 400 biji setiap hari. Sehari jualan apam mencecah RM1,000,”

– Izreen Azminda

Izreen mula mengusahakan perniagaan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berniat mengembangkannya apabila melihat permintaan positif dan tinggi daripada orang ramai.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu RAJA SIMURGH Siqma Ft. Kmy Kmo Inspirasi Melodi Lagu Rakyat RASA SAYANG

Isu Pelawak Jadi Deejay, Pendengar Pilih Artis Komedi