in , ,

Izreen Azminda Akui Sudah Bercerai Dengan Muhammad Riza

Ini berita yang mengejutkan Budiey untuk hari ini di mana pelakon popular Izreen Azminda telah mengesahkan bahawa hubungannya dengan suami, Muhammad Riza sudah berakhir. Riza dilaporkan telah menceraikan Izreen di lokasi penggambaran di Pulau Pinang setelah berlaku pertengkaran di antara mereka. Alahai kesiannya kat anak mereka yang comel tu. Selalu je Budiey tengok gambar baby comel mereka kat Instagram.

Lafaz cerai itu berlaku pada 16 Mei lalu di set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain.

“Ya, kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Tiada jodoh antara kami. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cuma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya ia tak perlu diperbesarkan. Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik yang pernah hadir dalam hidup saya. Hidup harus diteruskan dan paling utama ialah saya ada anak untuk dibesarkan.”

Izreen Azminda dan Muhammad Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.

Izreen Sanding

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Neelofa

Lebih 900 Peniaga Dah Mendaftar di Mega Bazaar 2014

Betul Ke Rumahtangga Abby Abadi Kini Retak?