in , ,

Tahniah! Izara Aishah Selamat Melahirkan Anak Perempuan Pertama

Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid kerana telah menimang cahaya mata pertama pada 15 April 2020.

Pelakon Izara Aishah selamat melahirkan anak perempuan dengan berat 2.9 kilogram pada 15 April lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh ibu mentuanya, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Izham yang turut menzahirkan rasa syukurnya atas kelahiran cucu perempuannya itu.

Izara Aishah atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin telah melahirkan anak sulungnya itu pada hari Rabu, 15 April 2020 seberat 2.9 kilogram.

Izara Aishah Selamat Melahirkan Anak Perempuan Pertama

Mesti comel puteri kesayangan Izara dan Adib ini mewarisi kejelitaan ibunya dan kekacakan ayahnya. Berita gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham di Instagram Stories.

“Alhamdulillah, tahniah Adib dan Izara yang dikurniakan bayi perempuan comel.

“Semoga Allah merahmati awak dan bayi yang baru dilahirkan. Saya tahu awak akan menjadi ibu yang hebat dan penyayang.

“Alhamdulillah dan tahniah juga buat kami (saya dan Siti). Cucu kami lahir dengan berat 2.9 kilogram,”

– Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham

Adib pula sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa dan menyifatkan puteri yang baru lahir sebagai satu rezeki yang tidak ternilai dariNya.

Anak kedua kepada ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Adib turut memberitahu andai diizinkan, dia sebolehnya mahu memiliki lebih ramai cahaya mata selepas ini.

“Alhamdulillah berkat doa yang baik-baik dari semua, akhirnya impian kami untuk memiliki cahaya mata termakbul, insyaAllah.

Nama untuk bayi yang bakal lahir masih belum difikirkan lagi. Apa pun, jika diizinkan saya pasang impian untuk memiliki tiga atau empat orang anak,”

– Adib
Izara Aishah Selamat Melahirkan Anak Perempuan Pertama

Walau bagaimanapun bayi comel yang baru lahir ini sudah pasti bertuah kerana mempunyai tiga orang nenek sekali gus.

Bayangkan seorang cucu ada tiga orang nenek yang cantik dan ternama. Baik Tengku Datin Seri Zawyah mahupun Puan Safina dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin pasti teruja dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka.

izara aishah bersalin

Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut mencoretkan ucapan tahniah menerusi insta story miliknya, “Alhamdulillah…makin bertambah ahli keluarga kita,” tulisnya ringkas. Aafiyah juga tentu gembira dengan pertambahan ‘geng’ barunya ini.

“Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga kita,”

– Instagram Stories @ctdk

Terdahulu, Izara yang juga pelakon Ombak Rindu mengesahkan hamil enam bulan pada Januari lalu.

Pelakon drama bersiri Ombak Rindu ini telah mengikat ikatan perkahwinan pada 17 November 2017. Majlis resepsi pasangan ini cukup eksklusif apabila memilih tema klasik dan telah direalisasikan oleh perancang perkahwinan terkenal tanah air, Dato’ Rizalman Ibrahim.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Izara dan Adib semoga kehadiran puteri comel ini akan menyinari lagi kebahagiaan berumah tangga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Puteri Aishah, Pelakon Ashraf Muslim Disahkan Positif COVID-19

Aliff Syukri Tunjuk Resit Zakat RM52K, Nampak Riak Tapi Masih Dipuji Netizen